3 Rahsia Urus Baju Anak Tanpa Stress

Tentu ibu emak ummi dan mommy sekalian kadang kala rasa pening dan stress nak mengurus baju anak, tambahan lagi jika anak-anak masih kecil.

Bila kita search di Google nampak susunan baju anak yang cantik dan lawa, mulalah berangan nak buat juga macam tue. Tak kata orang, saya pun sama juga 🙂 Jadi, marilah realisasikan supaya kita ibu-ibu ini rasa seronok nak mengemas dan mengurus baju anak-anak.

22f40b190c44561474918f05c7bb3d6dSaya ibu kepada 2 orang puteri, Maryam Azra ( 2.3 tahun ) dan Aisyah Jamilah ( 5 bulan ). Adakala runsing dan stress mengurus baju anak-anak nie. Baru 2 orang kann..

Sebab apa ? . . . . . .

  1. Baju baby kan kecil je saiznya, jenuh nak lipat.
  2. Dah lipat, anak pun suka main ‘ kemas-kemas ‘
  3. Bila nak cari, main tarik saja. Bersepah balik.

Akhirnya, biar saja dalam bakul kalau malas sangat. Nak cari, jenuh juga kena punggah semua. Itu memang tak bijak, ok ! 🙂

Tapi sekarang tak stress lagi, sebab saya ada 3 RAHSIA yang saya nak share dengan ibu-ibu semua.

3 RAHSIA URUS BAJU ANAK TANPA STRESS

1# Sorting ( asing ) baju anak mengikut jenis dan kategori.

IMG_2912_thumb

Ya, memang kena asingkan untuk memudahkan kita dan juga anak kalau yang dah pandai ambil baju sendiri. Terpulang mengikut keperluan masing-masing. Saya asingkan baju jalan , baju basahan harian, stokin, panties dan gaun.

Kalau ada anak lebih daripada seorang, seeloknya asing mengikut individu. Mudahkan juga Encik Suami bila tolong carikan baju anak, tak lah tertukar nanti !

2# Gantung baju anak

images (2)Ini juga salah satu solusi yang baik untuk ibu-ibu yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk lipat baju anak-anak. Pasti anak-anak suka bila melihat baju mereka digantung kemas dan mereka boleh pilih sendiri baju apa yang nak dipakai !

Saya gantung gaun, baju kurung, tudung dan baju yang susah nak dilipat saja. Ruang terhad, tapi macam nak kemas-kemas lagi je nanti 🙂

3# Lipat baju menggunakan teknik Konmari

download (2)

Ini adalah cara melipat baju anak yang paaaling saya suka. Selalunya kalau saya lipat baju, anak memang suka tarik satu-satu baju yang sudah dilipat. Agaknya stress ke tak stress ?

Kalau lipat baju menggunakan teknik Konmari ini, ia akan jadi lebih kemas. Anak campak dan baling macam bola pun, saya tak kisah sangat sebab lipatannya tidak terbuka. Lagi satu, sangat menjimatkan ruang !

Ingin tahu lebih lanjut bagaimana tekniknya, boleh klik sini. Tapi saya tambah sikit teknik supaya baju anak tadi jadi ‘ seketul ‘ je bila dicampak dan dibaling ( tidak terbuka ).

Tidak berkesempatan untuk sharing dengan gambar. Nanti saya kongsi dalam entri akan datang dengan gambar sekali, boleh follow ya .

Selamat berkreativiti para ibu sekalian. Sesungguhnya anda adalah ibu yang sangat hebat ! 🙂

 

 

2 thoughts on “3 Rahsia Urus Baju Anak Tanpa Stress

  • March 13, 2016 at 4:49 pm
    Permalink

    Tq mimie share mcm mana nk kemas baju c anak2 syurga ni… Nanti nk ilhamkan juga la…

    Reply
    • March 14, 2016 at 12:24 am
      Permalink

      Azallina, sama2.
      Moga Allah jadikan kita ibu yang hebat ! 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge