Ajar Anak Gosok Gigi, Bagaimana Caranya ?

Ajar anak perkara baru merupakan satu cabaran buat ibu dan ayah. Lebih-lebih lagi ia melibatkan kebersihan dan kekemasan diri. Tentunya anak mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan rutin baru mereka. Jadi, ibu dan ayah sila bertenang ye ! 🙂

Amalan menggosok atau memberus gigi sememangnya satu perkara yang perlu dipupuk dan diajar dari kecil. Jika tidak dibiasakan, alamatnya semakin liat nanti. Sedar tak sedar, gigi anak dah rosak. Tak ke haru ?

Bagi ibu ayah yang beri anak minum air manis, gula-gula, coklat, atau junk food memang WAJIB ajar dan ajak anak membersihkan gigi dan mulut. Kebersihan kan sebahagian daripada Iman 🙂

AJAR ANAK GOSOK GIGI, BAGAIMANA CARANYA ?

download (6)

Cara 1# Belikan berus gigi cantik dan menarik

images (4)

Untuk memikat hati anak, tentu ada caranya. Secara fitrah, anak-anak sukakan benda yang comel, menarik, dan warna-warni.

Terdapat banyak berus gigi comel di pasaran. Biasa anak-anak suka yang ada gambar animasi kesukaan mereka, contoh Upin Ipin, Superman, Hello Kitty, Princess dan sebagainya.

Tentu lebih semangat dan seronok anak-anak nak belajar gosok gigi !

Cara 2# Ibu atau Ayah gosok gigi bersama anak

Dalam kehidupan seharian, anak-anak banyak meniru apa yang ibu ayah lakukan dan cakapkan. Jadi, sertailah aktiviti menggosok gigi dengan anak-anak. Beritahu bagaimana memberus gigi dengan betul, bagaimana menggunakan ubat gigi dan perkara yang berkaitan dengannya.

Automatik anak akan faham dan tahu, bukan dia sahaja yang perlu menggosok gigi. Semua orang gosok gigi 🙂

images (5)

Cara 3# Gosok gigi melihat cermin

Ini adalah salah satu cara untuk menarik minat anak menggosok gigi. Ibu ayah boleh perhatikan, bermacam memek muka akan muncul nanti bila anak menggosok gigi melihat cermin.

girl_brushing_teeth

Berikan pengalaman baru untuk mereka, secara tak langsung mereka rasa gembira dengan rutin baru.

Cara 4# Bercerita dan tonton video berkaitan menggosok gigi

Banyak video dan cerita tentang amalan menggosok gigi. Pilih satu yang bersesuaian dan cerita/tonton bersama anak.

download (7)

Salah satu video favourite anak dara saya Maryam Azra (2.3 tahun ) ialah lagu Brushy Brush Sesame Street. Siap bawa berus gigi depan laptop, menyanyi sambil berus gigi. Kalau dulu, liat sangat nak suruh buka mulut gosok gigi tau !

Selamat mencuba 🙂

Aimie Suyat ( ID 1161055 )

Personal FB : Aimie Suyat

Page FB : ummiohsemdotcom

Page FB 2 : Kedai Vitamin Hulu Langat

aimie_suyat@yahoo.com

013 2293413

Pengedar Shaklee Kawasan Hulu Langat

POS LAJU dan GDEX ke seluruh Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge