Tip Mudah Atasi Ruam Bayi

Seawal kelahiran setiap bayi di dunia, kita boleh rasa kulitnya sangat halus dan lembut. Bau wangi semulajadi yang entah datang dari mana selalu buat kita rasa rindu dengan kehadiran si comel di rumah.

Kulit bayi merupakan bahagian yang sangat sensitif. Sebagai ibu bapa, kita perlu menjaga dengan baik agar kulit bayi sentiasa sihat dan bebas daripada rasa gatal-gatal.

Namun, adakalanya tetap timbul juga masalah dan gangguan tidak selesa pada kulit bayi terutamanya RUAM. Ia sering muncul di bahagian yang tertutup dan lembab seperti leher, ketiak, dan punggung.

Jangan susah hati sangat ye, ada tip dan cara mudah untuk atasi ruam bayi agar kulitnya bebas ruam dan sentiasa sihat.

TIP 1# Elakkan persekitaran yang panas dan lembab

Cuaca yang panas sememangnya tidak sesuai untuk kulit bayi. Bayi akan mudah berpeluh seterusnya akan timbul bintik-bintik merah yang menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi.

Sebaiknya, elakkan membawa bayi ke tempat yang bercuaca panas dan lembab. Gunakan kipas atau duduk di dalam ruang yang ada air cond jika perlu.

Anak kedua saya mudah naik merah-merah di muka kalau cuaca panas. Kalau nak jalan-jalan, mudahnya di Mall lah 🙂

TIP 2# Pakaikan bayi dengan pakaian yang diperbuat daripada kapas dan mudah diserap peluh

download (3)

Jangan kerana rasa teruja ibu bapa mahu melihat anak cantik bergaya sehingga mengabaikan keselesaan si comel. Pakaian daripada fabrik kapas mampu memberikan keselesaan kepada kulit bayi. Jika berpeluh, ia menyerap dengan baik dan membuatkan kulitnya sentiasa kering.

TIP 3# Pastikan kulit bayi sentiasa bersih

download (5)

Untuk mengatasi masalah ruam di bahagian punggung terutamanya, gantikan sekerap mungkin lampin pakai buang si comel. Perhatikan juga saiz lampin yang sesuai dengan anak. Jangan terlalu ketat sehingga menyebabkan kulit bayi melecet.

Selepas menyalin lampin, pastikan cuci dengan bersih dan lap kulit bayi sehingga kering. Anak selesa, ibu pun senag hati 🙂

TIP 4# Pastikan bayi tidak menggaru kulit yang ruam.

Ya, elakkan bayi menggaru kulit yang ruam terutamanya di bahagian muka yang mudah dicapai. Ia boleh mengakibatkan luka dan jangkitan. Seterusnya menyebabkan ruam bertambah teruk dan lambat untuk sembuh.

Nanti muka tak comel dahh..

TIP 5# Lap muka bayi dengan tuala lembap sejurus selepas menyusu

download (4)

Untuk mengelakkan ruam susu di sekitar muka pula, ibu haruslah rajin lap muka bayi sejurus selepas menyusu. Ibu boleh gunakan tuala lembap atau wet tissue.

Jika tidak dilap, kulit bayi yang sensitif sangat mudah untuk dapat ruam susu. Dan jika dibiarkan, boleh merebak hingga ke leher dan telinga kerana susu meleleh ke tempat tersebut.

TIP 6# Sapukan losyen atau krim untuk melembapkan kulit bayi.

Ibu boleh sapukan krim atau losyen pelembap kulit bayi sejurus selepas mandi, menyalin lampin atau bila-bila waktu yang dirasakan perlu.

Harus diingatkan, ibu perlu memastikan kandungan bahan krim dan losyen tersebut selamat, bebas steroid dan bebas paraben. Kandungan yang tidak selamat dan berbahaya boleh mengundang masalah yang serius pada kulit bayi.

Saya memilih Herbal Blend Cream Shaklee sebagai krim harian untuk anak-anak dan keluarga. Selain harganya yang murah – hanya RM 27.50 untuk satu tiub 4 oz – , kandungan bahannya semulajadi. Pastinya bebas steroid dan bebas paraben. Mudah bawa dalam handbag, tak payah risau lagi !

Herbal Blend - Losyen serba guna

Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi :

Aimie Suyat ( ID 1161055 )

Personal FB : Aimie Suyat

Page FB : ummiohsemdotcom

Page FB 2 : Kedai Vitamin Hulu Langat

aimie_suyat@yahoo.com

013 2293413

Pengedar Shaklee Kawasan Hulu Langat

POS LAJU dan GDEX ke seluruh Malaysia

 

One thought on “Tip Mudah Atasi Ruam Bayi

  • June 17, 2017 at 7:49 pm
    Permalink

    This is a comment to the Tip Mudah Atasi Ruam Bayi | ummiohsemdotcom webmaster. Your website is missing out on at least 300 visitors per day. Our traffic system will dramatically increase your traffic to your website: http://tdil.co/3p – We offer 500 free targeted visitors during our free trial period and we offer up to 30,000 targeted visitors per month. Hope this helps 🙂 Unsubscribe here: http://priscilarodrigues.com.br/url/11

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge