Resepi Ayam Yang Patut Ibu Cuba

Sebagai seorang ibu kepada anak-anak dan seorang isteri kepada suami, tentu ayat ” Nak masak apa hari ini ? ” sentiasa berlegar dalam ruang fikiran. Tidak kira anda seorang suri rumah mahu pun ibu berkerjaya.

Biasanya weekdays saya akan masak simple je.
Nak makan sedap, weekends boleh berlama-lama sikit di dapur.

Saya nak share resepi Ayam Grill Ala Nandos yang suami dan adik beradik saya suka 🙂
Resepinya mudah dan tak renyah. Boleh masak hujung minggu dengan keluarga. Bagi chance anak-anak bereksperimen dan membantu kita di dapur.

Al-maklum lah, sekarang semuanya pakat naik harga.
Kalau makan di luar, RM20 per pax tak boleh lari.
Beli bahan mentah seekor ayam – boleh makan 5/6 orang.
Kan dah jimat di situ !

Ok, meh kita story tentang bahan dan resepi.

AYAM GRILL ALA NANDOS

Bahan :
1. 1 ekor ayam ( potong 4 @ 8 pun boleh )
2. Sos Nandos – garlic
3. Perahan lemon ( 1/2 biji pun cukup )
4. Lada hitam / sulah
5. Garam secukup rasa

Caranya :
1. Gaulkan kesemua bahan di atas. Perap dalam 10 – 20 minit.

2. Letak ayam atas grill pan. Kalau takde grill pan, atas pan ajaib pun boleh. Asalkan tak melekat.

3.Grill selama 6-8 minit untuk sebelah bahagian. Api haruslah sederhana, kalau api besar ‘ geseng ‘ nanti orang Jawa cakap 🙂

Tukar pula sebelah bahagian lagi untuk 6-8 minit. ( Jangan kerap terbalikkan ayam, nanti kurang cantik ! )

4. Dah siap, masukkan ke dalam oven pula selama 10 minit dengan suhu 180 api atas bawah untuk pastikan ayam benar-benar masak.

5. Angkat dan hias ikut cita rasa.
Sedap makan dengan fresh salad + sos Nandos garlic 🙂
Nak tambah yang lain2, terpulang ikut cita rasa anak tekak masing-masing.

Tadaaaa …

FB_IMG_1458018537979

Nota kaki :
Saya suka guna sos Nandos nie sebab – rendah carb 🙂
Sedap pun ye jugak !

Selamat mencuba ya, masak dengan penuh kasih sayang !

Aimie Suyat ( ID 1161055 )

Personal FB : Aimie Suyat

Page FB : ummiohsemdotcom

Page FB 2 : Kedai Vitamin Hulu Langat

aimie_suyat@yahoo.com

013 2293413

Pengedar Shaklee Kawasan Hulu Langat

POS LAJU dan GDEX ke seluruh Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge