Cuaca Panas Melampau, Bagaimana Menghadapinya ?

Sudah beberapa bulan negara tanah tumpah darah ini dilanda El-Nino. Panas dan terik melampau adakalanya. Rumput hijau bertukar kuning, tanah kering gersang, pokok-pokok ada yang mati kerana tidak mendapat bekalan air yang cukup.

Cuaca panas begini, jika tidak berjaga-jaga boleh mengakibatkan STROK HABA iaitu paras suhu badan mencecah 40.5 darjah celcius. Ia boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak. Bahaya tau !

BAGAIMANA MENGHADAPI CUACA PANAS ?

1# Banyakkan minum air kosong

download (11)

Pastikan diri kita, anak-anak dan keluarga minum air kosong secukupnya. Jadi, pastikan bekalan air cukup di rumah anda.

2# Hadkan aktiviti di luar rumah

Jika tiada keperluan mendesak, duduk sahaja di rumah. Berada di dalam rumah bukanlah satu alasan tidak boleh beraktiviti, namun ada aktiviti bersesuaian yang boleh dilakukan tanpa keluar rumah. Lebihkan masa dengan anak-anak dengan membaca buku, mewarna, bermain play dough, melukis, memasak dan sebagainya. Hargai bonding time anda !

download (10)

3# Pakai pakaian yang longgar dan berwarna terang

Pemilihan pakaian juga sangat penting ketika musim panas ini. Pilih pakaian daripada fabrik kapas yang mampu menyerap peluh dengan baik, longgar supaya udara mudah masuk, dan berwarna terang.

Elakkan memakai pakaian berlapis-lapis kerana ia boleh menyebabkan panas terperangkap di dalam badan. Jaga kesihatan ya !

4# Guna kipas atau pendingin hawa

Gunakan kemudahan yang ada untuk menyejukkan badan iaitu kipas atau pendingin hawa. Elakkan berada di tempat yang panas terlalu lama kerana dikhuatiri memudaratkan.

5# Minum minuman isotonik

Minuman isotonik boleh menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh yang banyak. Untuk mengekalkan kesegaran, kami sekeluarga minum air isotonik Performance Drink Shaklee. Ia mencegah dehidrasi, memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, serta meningkatkan daya ketahanan badan. Memang sangat sedap dibancuh sejuk !

download (9)

Ini Tips Kekal Sihat di Musim Panas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia :

tips sihat musim panas

Bersama menjaga kesihatan diri dan orang tersayang , ya 🙂

Aimie Suyat ( ID 1161055 )

Personal FB : Aimie Suyat

Page FB : ummiohsemdotcom

Page FB 2 : Kedai Vitamin Hulu Langat

aimie_suyat@yahoo.com

013 2293413

Pengedar Shaklee Kawasan Hulu Langat

POS LAJU dan GDEX ke seluruh Malaysia

One thought on “Cuaca Panas Melampau, Bagaimana Menghadapinya ?

  • April 13, 2016 at 1:28 am
    Permalink

    betul..cuaca skarang memang menguji..nasib baik ada performance drink…sejuk rasa…:)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge