Cara Atasi Eczema Dengan Selamat

Ini cinta hati kedua kami, Aisyah Jamilah.

Saya dan suami sepakat letak Jamilah sempena nama panggilan arwah mertua, biarlah tersemat satu nama supaya dapat dikenang selalu. Asal nak letak Aisyah Yusra – tapi cadangan ditolak :p

Oh, ini cerita tentang anak saya Aisyah yang ada Eczema.

PicsArt_07-26-11.43.10

 

Apakah Eczema ?

Eczema adalah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan. Kulit juga menjadi sangat sensitif hinggakan jika tergaru sedikit, boleh merebak menjadi bintik merah kecil, luka dan berkudis.

Anak saya, Aisyah Jamilah dapat Eczema ketika masih bayi. Pada awalnya hanya disebabkan mata berair dan meleleh terkena pipi hingga menyebabkan gatal. Doktor cakap perkara normal. Tanpa sedar, dah merebak ke seluruh muka. Paling teruk bahagian pipi dan dagu. Doktor cakap ini ECZEMA !

Kenal Pasti Punca Eczema

Dapatkan maklumat melalui pembacaan dan doktor tentang punca Eczema. Maklumat yang saya dapat, puncanya banyak dan berlainan mengikut individu.

1. Kulit terlalu sensitif terhadap persekitaran yang berhabuk dan cuaca panas.

2. Alahan terhadap bahan pencuci yang mungkin terdapat bahan yang merengsa kulit sensitif seperti sabun basuh baju, sabun mandi, alat kosmetik dan lain-lain.

3. Sistem imun badan yang agak lemah menyebabkan kesan kepada kulit sensitif.

4. Keturunan yang mempunyai masalah Eczema atau Asthma.

Memang kasihan tengok anak tergaru-garu tempat Eczema hingga menyebabkan luka dan berdarah. Jadi, saya usahakan juga menjauhi ‘trigger’ yang menyebabkan Eczema menjadi semakin aktif dan galak.

Cara Merawat Eczema Dengan Selamat

Saya pada mulanya try and error juga. Anak saya masih baby, mak perlu berpantang makan lebih supaya tak memudaratkan anak. Antara yang saya boleh kongsi ;

1. Ibu menyusu, sila pantang makan makanan yang menggalakkan Eczema seperti gula putih, makanan mengandungi yis, seafood, kekacang dan lain-lain.

Bab pantang ini, kadang terbabas juga. Lepas itu timbul rasa menyesal bila tengok Aisyah menggaru kegatalan. Sedih tau, huhu..

2. Tukar bahan pencuci – sabun mandi dan sabun basuh baju kepada yang natural dan selamat. Biarlah tak wangi, tapi yakin selamat untuk anak.

Saya bertukar daripada sabun biasa yang wangi kepada Basic H. Saya guna untuk mandikan Aisyah, juga untuk membasuh baju kerana kulitnya sensitif. Kalau mandi, saya letakkan beberapa titik Basic H dalam air mandian. Sapu di seluruh muka Aisyah.

http__www.notjustahousewife.net_wp-content_uploads_2012_02_cleaners-shaklee-get-clean_300

P_20160630_070517

Suka mandi dengan Basic H

3. Sapukan krim luaran untuk mengelakkan kulit menjadi kering. Bila kering, kulit menjadi gatal dan tidak selesa.

Sebelum ini, saya gunakan juga krim yang dibekalkan oleh klinik. Pastinya ada steroid, doktor juga pesan tidak boleh sapu dengan kerap. Jadi, saya sapukan Herbal Blend Cream untuk sapuan kulit luar. Kandungannya SELAMATdan BEBAS PARABEN . Tak kisah pun nak sapu dengan kerap !

http__www.healthisalifestylechoice.com_uploads_1_0_3_3_10331711_1105591

4. Tingkat sistem imun anak dengan memberikan Vitamin C dan supplemen yang sesuai. Eczema ambil masa untuk sembuh, tetapi sekurang-kurangnya meringankan dan mengurangkan kegatalan dan rasa tidak selesa pada kulit.

Memandangkan Aisyah kena Eczema waktu umur dalam 3 bulan, jadi Ummi lah yang tolong makan SR Vitamin C Shaklee. Khasiatnya dapat melalui penyusuan, Alhamdulillah.

images

Saya perasan perubahan muka Aisyah dalam tempoh seminggu lebih. Saya harus konsisten demi anak sihat dan tak merengek kesakitan lagi.

Makin hari, Alhamdulillah semakin beransur baik. Selepas umur Aisyah 6 bulan, terus hilang Eczema di muka. Sekarang, ada naik ruam sikit tapi tak macam dulu dah.

PhotoGrid_1452680747100

PhotoGrid_1457208233930

1466140640247

Sekarang muka Aisyah dah bersih !
Syukurrrr sangat, ya Allah 🙂

Ya, tak rugi pun untuk ikhtiar demi yang tersayang kann..
Basic H dan Herbal Blend Cream memang jadi teman baik Aisyah sekarang. Dah cukup setahun nanti, boleh Ummi top up supplemen lain untuk tingkatkan sistem imun Aisyah – biar askar2 lawan penyakit ! 🙂

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya ya. Sedia untuk membantu dan berkongsi 🙂

Aimie Suyat

013 2293413

Pengedar Shaklee Hulu Langat

COD Hulu Langat / Pos ke seluruh Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge