Impian Cuti-Cuti Di Perth, Australia

Kami suami isteri pernah juga chit chat bab holiday jauh sikit di luar Malaysia nie. Keinginan memang ada, tapi dari segi bajet belum ada yang khas untuk cuti jauh2 nie 🙂

Kami belum pernah pergi tau, tapi memang simpan impian nak ke sana. Kalau boleh sebelum sebelum kakak Azra sekolah !

images-5Sangat teringin nak holiday jauh sikit, di negara orang. Masa bujang, ada juga pergi beberapa tempat dengan family. Dah ada keluarga sendiri, rasa terpanggil-panggil nak bawa suami dan anak-anak pula jalan.
Bumi Allah luas, kita kutip pengalaman & ambil ibrah dalam setiap trip kita.
Tak gitu ?..

Negara yang tak berapa jauh dari watan tercinta nie, Australia.
Target nak ke Perth.
Banyak tempat yang cantik.
Nak duduk dalam motorhome / campervan 🙂
Quality & bonding time lebih sikit,hihi..

download-8

Bagi pengalaman baru pada anak2, extra benefit untuk saya juga yang tak berapa suka berkemas2 untuk tukar2 penginapan.

Antara tempat best yang dah ada dalam list :

  1. Caversham Wildlife Park. Boleh tengok live Kangoroo, Koala dan macam2 lagi. Siap boleh bagi makan dan pegang-pegang. Tentunya pengalaman baru buat anak-anak !

images-4

2) Freemantle Market & etc . Macam-macam ada di Freemantle ini, kalau nak beli cenderahati katanya di sini lebih murah !

download-7

3) Lancelin Sand Dunes. Di sini boleh main sand boarding dan 4 x 4 tour. Part bergambar kenangan, itu yang paling best. Semestinya cantik !

images-6

4) Kings Street & Hay Street . Tempat shopping barang dan groceries yang terletak betul-betul di tengah bandar Perth.

Wahh, ini sudah menambah keterujaan ! 🙂

Nak pergi 4 beranak, kosnya pun dah tentu banyak, belum masuk duit shopping lagi.
Jadi, kena sediakan tabungan khas untuk trip Perth nanti. Moga impian kami nak bawa family kecil nie holiday ke Perth tercapai dengan izinNya jua.

p/s : Lepas ini boleh detailkan bajet untuk trip ini pula ! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge