7 Tip Bawa Anak Kecil Bercuti Ke Pulau


 

Sejak ada anak pada Januari 2014, tak pernah lagi KakMimie bawa anak-anak bercuti ke pulau. Macam-macam rasa berkumpul dalam jiwa dan hati nie. Takut, gelisah, risau, susah dan macam-macamlah.

Akhirnya, hujung September 2016 kami jejak juga Pulau Perhentian di Terengganu. Rasa yang macam-macam itu dah terluah dan terbongkar. Rupanya takde lah sulit dan susah mana pun travel dengan anak kecil nie !

Kalau nak pergi sendiri, bajet asyik tak berapa nak cukup je. Kebetulan kami dapat pergi bersama rombongan ahli koperasi sekolah suami, Alhamdulillah syukur sangat. Dah save banyak bajet di situ ya, hihi.

Kami bertolak dari Selangor pukul 10.00 pagi menaiki bas sekolah. Anak-anak KakMimie memang teruja sangat naik bas, pertama kali kot ! Kami sampai di Jeti Kuala Besut lebih kurang pukul 6.00 petang dan terus naik bot untuk ke Pulau Perhentian.

Dari Jeti Kuala Besut nak sampai ke Pulau Perhentian ambil masa 50 minit tau, jadi bersedialah mental dan fizikal bagi sesiapa yang mabuk laut tue.

Oh ya, anak KakMimie namanya Maryam Azra ( 2 tahun 10 bulan ) dan Aisyah Jamilah ( 1 tahun ). Mereka nie jenis lasak dan tak berapa nak duduk diam. Bila rasa suasana baru, terujanya lain macam.

Meh KakMimie share sikit tip bawa anak kecil bercuti ke pulau, mana tahu berguna untuk u ols di masa hadapan :

  1. Cek kesihatan anak

Ya, sebelum pergi sebaiknya pastikan anak-anak sihat dan takde masalah kesihatan yang teruk. Anak-anak KakMimie cuma selsema sikit sebelum nak pergi tue, ikhtiar awal bagi makan vitamin C untuk kuatkan antibodi masing-masing.

  1. Pakai kasut / selipar yang sesuai

Kasut atau selipar yang sesuai adalah yang ala crocs gituu. Kalau boleh, anak kecil nie biarlah yang bertutup di bahagian depan. Kot nanti berjalan terlanggar serpihan coral, luka pula kaki comel tue. Pastikan yang getah ye, kena air pun takde masalah dan mudah diurus.

  1. Bawa baju dan lampin pakai buang secukupnya

Yang nie penting sangat tau. KakMimie suggest bawa pakaian yang nipis dan jenis cotton. Kat pulau nie panas, tak sesuai nak bawa baju yang kainnya tebal-tebal dan panas. KakMimie pergi 3hari 2malam, jadi bawa 2pasang baju siang + 1 baju tido untuk sehari x 3hari kat sana. Pampers pulak, sehari anggar guna 5keping x 3hari gituu.. Agak-agaklah, ibu ayah lebih tahu kondisi anak memasing kannn ?..

  1. Bawa susu, termos, makanan secukupnya

Haaa, ini pun penting bagi anak yang dah menyusu botol macam KakakAzra. Wajib bawa termos, pastikan air panas tersedia sentiasa. Susu pulak – KakakAzra jenis minum susu coklat, jadi KakMimie bawa Vico dan Tamar Cocoa sachet je untuk mudahkan penyimpanan. Makanan macam biskut, coklat, cikedis atau lain-lain bawa je dari darat. KakMimie siap borong di 99 SpeedMart sebelum gerak dari rumah lagi. Kalau beli di pulau, harganya mahal ya amat. Yelah, kos nak bawa ke sana bukan murah dan senang kaann..

  1. Sediakan ubat-ubatan dan vitamin yang sesuai

KakMimie sediakan yang basic je macam minyak panas,krim serbaguna berfungsi juga sebagai mosquito repellent dan  vitamin C untuk anak-anak. Untuk boost sikit sistem imun anak-anak, KakMimie bagi Nutriferon Shaklee setiap hari. Alhamdulillah, anak-anak tak demam walaupun berpanas dan lama di tengah laut. Kuat memasing !

  1. Baby carrier YES, stroller NO

Masa mula-mula nak pergi , kami suami isteri dok ragu-ragu nak bawa ke tidak stroller untuk Aisyah yang belum pandai jalan nie. Nak dukung semedang, lenguh lah tangan bahu semua. Akhirnya, kami bawa je carrier untuk Aisyah. Bila dah sampai sana, mengucap syukur. Nasib baik tak bawak stroller tau, kalau tak nak tolak camana atas pasir pantai tue, hihi..

  1. Permainan yang sesuai

Banyak masa di pulau adalah aktiviti dengan air. Jadi bawalah mainan yang boleh anak-anak berimaginasi dengan sekeliling. KakakAzra bawa sodok pasir dan bekas nak buat sand castle kononnya. Memang leka bila KakMimie bagi peluang main pasir lama-lama. Pelampung pun boleh bawa kalau anak-anak suka main air. Boleh turun sekali masa mak pak snorkeling, tapi life jaket kena pakai naa..

__________________________

1476779107161

photogrid_1474863529722

Pengalaman yang sangat best bila bawa anak bercuti sama – lagilah pergi tempat yang kami tak boleh nak imagine keadaan, suasana dan kemudahan yang ada. Doa dan tawakal semuanya selamat dan berjalan lancar. Yang penting mood anak baik dan tak cranky, tue yang syiok !

Kepada mak pak yang berkira-kira nak bawa anak travel tapi hati penuh rasa risau takut dan sebagainya, pergi je lah redah ! Sebenarnya anak-anak mudah je nak diurus, mak pak nie yang fikir over sangat sampai terhalang niat dan hasrat nak bercuti. Betul tak ? J

So, kumpul duit dari sekarang dan have a wonderful trip with your kiddos !

 

Salam Sayang,

KakMimie

Hulu Langat, Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge