3 “TRICK” Galak Anak makan Sayur

Assalamualaikum πŸ™‚

KakMimie sangat pasti, KakMimie dan suami tergolong dalam ibu bapa yang risau anak-anak tak makan sayur. Bila dalam nasi goreng ada sayur, rajin sungguh asingkan sayur di tepi pinggan. Bila KakMimie letak sayur dalam pinggan, jerit-jerit suruh ambil dari pinggan. Aduhai anak…

KakMimie tak rasa bersendirian hadapi masalah ini, namun KakMimie percaya ramai ibu alami perkara yang sama. Jangan susah hati ya, tentu ada jalan yang best untuk selesaikan masalah anak tak makan sayur nie. Kita sebagai ibu – kena kreatif tahap Jamie Oliver dan Heston kot untuk variasikan penggunaan sayur dalam diet harian anak-anak ! Hihi ~

Yang KakMimie perasan pada anak – sensitif sikit dengan warna hijau. Tanggapan pertamanya dah negatif yang sayur tak sedap. Sayur tak cantik dan taknak makan sayur. Pujuk rayu macamana pun, akhirnya kita yang kalah.

Tapi,…

Ada beberapa β€˜trick’ yang kakMimie pernah cuba untuk galakkan anak makan sayur. KakMimie bukan bagi real sayur atau fizikal sayur tue sendiri. Tapi, KakMimie olah menjadi makanan lain supaya anak tetap mendapat khasiat sayuran tersebut.

Jom kita tengok, mana tahu mudah kann? ..

TRICK Galak Anak Makan Sayur

1# Kisar sayuran dan jadikan kuah

Ya, ini yang KakMimie buat – kisar ! Eksperimen di dapur yang pernah KakMimie buat adalah kisar brokoli yang telah dikukus dan campurkan ke dalam kuah tomato spaghetti. Rasanya masih sedap dan anak tak tahu pun ada sayur brokoli hijau dalam kuah tue !

Boleh juga kisar carrot dan kobis bunga. Jangan lupa kukus dulu ya !

download-19

2# Buat jus atau smoothies

Anak sulung memang suka minum jus dan smoothies. Jadi, boleh saja blend epal dengan salad hijau. Blend carrot dan tambah fresh milk. Rasa sayur hilang, namun anak tetap dapat khasiat. Untuk resepi pelbagai, ce klik sini πŸ™‚

243ee248d96db2fd75dd6fba058c8609

3# Goreng tempura

Anak-anak memang suka finger food. Tak dinafikan ! hihi.. sebaiknya potong sayur memanjang – contoh terung, carrot, bendi. Celup dalam tepung tempura dan goreng hingga kekuningan. Asyik dan sedap sangat anak makan, sampai lupa yang sebenarnya depa nie tak suka sayur. Alhamdulillah ! πŸ™‚

veg_tempura1

Ibu, Mak, Bonda dan Mama.. penolakan kali pertama anak kepada sayuran bukan selamanya anak tak makan sayur tau. Elakkan memaksa dan mengugut.

β€œ Kalau tak habiskan sayur, Ummi taknak bawa pergi playground β€œ

β€œ Kalau tak makan sayur, kakak tak payah ikut pergi jalan β€œ .. dan seumpamanya.

Sebaliknya pujukan dan motivasi yang baik perlu dipupuk – bercerita kebaikan makan sayur dan sebagainya.

β€œ Siapa nak jadi tinggi dan sihat ? Jom kita makan brokoli nie β€œ – contoh.

Masalah cerewet makan, satu hal juga. Boleh klik sini untuk dapatkan tip tentang anak cerewet atau terlalu memilih makanan.

Anak-anak kita bijak – mereka cuma perlu masa untuk kenal tekstur dan rasa sayuran yang pelbagai. Keep on sharing kebaikan dengan mereka ya ! πŸ™‚

Anak Cerminan Kita,

KakMimie

Hulu Langat, Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge