Kebaikan Merangkak Yang Ibu Perlu Tahu

Assalamualaikum semua 🙂

Masa baru ada anak sorang kann, KakMimie excited sangat nak tengok perkembangan si cilik Maryam Azra. Risau je hati nie kalau anak terlambat capai sesuatu tahap macam berjalan, bercakap dan tumbuh gigi.

Maryam Azra lewat tumbuh gigi, masa tue umurnya dalam 1tahun 3bulan. Waktu umur 9bulan gitu KakMimie siap bawa ke klinik pergigian untuk check. Rupanya normal je, kalau tak normal umur dah lebih setahun 6bulan tak tumbuh juga.

Jalan pun lambat, sekitar 1tahun 2 bulan gituu. Stress juga sebab sepupu Azra, Iman Hafiyya dah berlari dan cakap dah berbutir banyak.

Tapi kann, rugi je stress. Itulah akibatnya kurang gali ilmu. Sebenarnya, biarlah anak merangkak lama-lama sebelum boleh berjalan. Nanti dah berjalan, payah pulak nak suruh merangkak semula.

Jadi, bila adik Azra si Aisyah Jamilah dah 1tahun 1 bulan nie belum berani nak jalan..KakMimie pun takdelah stress dan push sangat. Merangkaklah puas-puas, Aisyah yang solehah 🙂

Jom baca lagi…

kapan-si-kecil-sudah-bisa-merangkak

Pentingnya Merangkak

Menurut satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, kanak-kanak yang mengalami masalah dalam pembelajaran 75% daripadanya tidak matang sistem STNR – Symmetric Tonic Neck Reflex.

Kaitan STNR ini dengan merangkak adalah ia membantu keupayaan seseorang untuk menggerakkan bahagian atas dan bawah badannya. Proses matang  berlaku di antara umur 9 bulan hingga 12 bulan. Apabila seorang bayi dapat mengawal tangan, kepala dan kakinya dengan baik, ia dianggap STNR tersebut telah matang.

Yang ibu bapa biasa risau, apabila STNR tidak matang dan tidak dapat berfungsi dengan baik anak-anak boleh mengalami beberapa masalah berikut :

  1. Koordinasi mata lemah
  2. Lemah untuk meniru tugas atau kelakuan
  3. Di sekolah, tidak dapat meniru tulisan di papan hitam dengan baik.
  4. Tidak fokus dengan sebaiknya

attentionfocus-300x200

Jadi, ibu ayah tidak perlu risau jika anak lambat berjalan. Biarkan anak merangkak untuk mematangkan STNR tersebut !

 

Kebaikan Anak Merangkak Yang Patut Ibu Tahu

  1. Menguatkan otot-otot leher, tangan dan kaki

Ya, sangat membantu anak-anak untuk cekap memanjat, pegang pensel dengan betul dan fokus kepada motorskill yang halus.

  1. Tumpuan dan memori yang bagus

Pergerakan merangkak yang berulang-ulang  akan merangsang neuron dan membenarkan otak mengawal bahagian kognitif – sangat bagus untuk penumpuan dan memori.

Anak yang banyak merangkak lebih fokus dan tumpu terhadap sesuatu.

  1. Melatih penglihatan

Merangkak dapat mebangunkan penglihatan binokularnya. Semasa bayi merangkak, dia belajar dan melatih penglihatan untuk menganggar dan memastikan jauh manakah jarak di sekelilingnya.

  1. Menguatkan otak

Gerakan kaki dan tangan serentak ketika merangkak dapat menguatkan lagi otak kanan dan kirinya.

melatih-otak-kanan

Oleh itu, moga ibu ayah dapat pastikan anak-anak tak skip proses merangkak selepas ini.  Biarpun nampak kecil dan remeh, jika diabaikan mungkin menjadi suatu yang serius dalam perkembangan tumbesaran ank-anak tercinta.

Jangan stress ya ! 🙂

————————-

Ummi Anak Dua,

KakMimie

Hulu Langat, Selangor

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge