6 Petua Lembapkan Bibir Kering Dan Kusam

Bibir yang kering dan merekah selalu dikaitkan dengan cuaca panas dan kurangnya pengambilan air masak yang mencukupi. Masa zaman muda remaja, bibir KakMimiepun selalu kering dan tangan nie suka sangat tarik kulit kering tue sampai berdarah. Puas rasanya !  Haha ~

Tapi lepas tue, rasailah azab kepedihannya. *padan muka*

Oh ya, penggunaan lipstik atau gincu yang tidak sesuai  juga menyebabkan  masalah bibir kering. KakMimie tak pakai gincu. Lipbalm pakai pun kadang-kadang je. Konon nak nampak natural beauty gituu, hihi ~ *perasan lawa*

Moh le kita cuba petua di bawah ini, mana tahu serasi pulak dengan bibir kita yang halus mungil nie.

6 PETUA MELEMBAPKAN BIBIR 

1# Oleskan sedikit mentega pada bibir.

mw-bs913_butter_mg_20140120151235

Tak kisah guna brand apa pun. Yang penting mentega atau butter ya. Sapuan tersebut mampu menjadikan bibir sentiasa lembap.  Berfungsi juga  merawat bibir merekah.

2# Guna timun dan tomato.

mentimun-tomat

Ramai yang tahu khasiat timun dan tomato dalam kecantikan. Apa kata cuba pula untuk lembapkan bibir. Hiris nipis-nipis dan gosokkan secara perlahan pada bibir.

Tujuannya untuk membuang kulit mati dan  merawat bibir uols 🙂

3# Sapu madu pada bibir

manfaat-madu-asli

Madu sangat baik digunakan untuk melembapkan bibir sekaligus menjadikan bibir anda kemerah-merahan semula jadi gitu ! 🙂

Jangan lupa sapu madu setiap hari ya. Tapi, elakkan sapu pada waktu malam dan dibawa tidur. Tak pasai semut gigit bengkak pulak bibir tue nanti.

4# Bunga mawar dan susu segar

images-11

Dua bahan ini juga dikatakan mampu melembapkan bibir dan menjaga seri.

Caranya :

-Rendam beberapa kelopak bunga mawar di dalam susu segar selama 1-2 jam.

-Kemudian, sapukan air rendaman tersebut pada bibir .

5# Minum banyak air masak

download-21

Ya, pengambilan air masak yang cukup mampu mengekalkan tubuh dalam keadaan yang baik dan sihat. Jika pengambilan air tidak cukup, kulit menjadi kering dan boleh menimbulkan masalah kesihatan yang lain.

6# Makan buah-buahan yang mengandungi vitamin C

download-22

Pengambilan buah-buahan yang mengandungi vitamin C sangat baik untuk membantu penyerapan nutrien secara optimum. Kalau payah sangat nak konsisten makan buah, boleh cari vitamin C di farmasi berdekatan. KakMimie telan vitamin C je, kadang takdan nak beli buah. Makan vitamin C yang murah je, tapi hasilnya wow ! 🙂

Jadi, silakan cuba petua-petua ini. Moga dapat bibir yang cantik halus mungil gituuu ~

Sihat dan Cantik,

KakMimie

Hulu Langat, Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge