5 Cara Mudah Hargai Pengasuh Anak

Assalamualaikum.

KakMimie akui, tidak semua ibu dapat menjaga dan mengasuh anak sepenuh masa atas faktor yang tertentu. Jauh di sudut hati memang nak jaga sendiri, tapi desakan hidup memaksa untuk suami isteri keluar bekerja demi memenuhi keperluan hidup sehari-hari.

Justeru, pilihan yang ada bagi ibu adalah menghantar anak kepada pengasuh. Sama ada ke Taska, rumah persendirian, atau ke pusat jagaan tempat ibu bekerja.

Biarpun dihambat rasa risau dan resah setiap hari dan setiap kali menghantar anak, itu saja pilihan yang ada setakat ini. Namun, kita juga tidak boleh memandang remeh jasa pengasuh yang sudi menjaga anak kita sepanjang hari.

Jadi, apa salahnya kita tunjukkan rasa penghargaan kita kepada pengasuh anak kann..

CARA MUDAH HARGAI PENGASUH

1# Bina Hubungan

Nak tak nak, kena bina hubungan yang baik dengan pengasuh. Ada pengasuh yang jaga anak kita hampir 10 jam sehari – masa dengan pengasuh lebih banyak daripada masa dengan ibu sendiri. Ringankan mulut untuk berkomunikasi, ambil tahu sedikit sebanyak latar belakang keluarga, saling menziarahi dan hormat antara satu sama lain.

Kita layan pengasuh dengan baik, Insya Allah pengasuh juga layan anak kita baik-baik hendaknya 🙂

download-23

2# Ambil Kira Waktu

Walaupun kita bayar pengasuh setiap bulan, bukan bermakna pengasuh jadi kuli kita. Sebaiknya , hantar dan ambil anak pada waktu yang ditetapkan. Sejurus habis kerja, terus ambil anak. Pengasuh juga perlukan rehat setelah seharian suntuk menjaga anak kita.

Jika terpaksa ambil lewat, maklum segera kepada pengasuh supaya tidak terjadi salah faham di kemudian hari.

3# Mudahkan Kerja

KakMimie sensitif sikit bab yang ini. Ibu-ibu, sila pastikan anak-anak dihantar dalam keadaan bersih dan kemas. Jika tak sempat mandikan anak pada waktu pagi, cukuplah sekadar menukar lampin dan cucikan muka.

Elakkan hantar anak dalam keadaan lampin sudah penuh dan terlondeh. Sediakan juga secukupnya keperluan dan makanan anak.

baby_sleep_diaper_child_25696_1920x1080

4# Yuran Atau Upah

Bayarlah pada masanya tanpa terlewat. Mereka berpenat lelah menjaga anak kita.

Kita pun suka bila gaji dibayar on time kan ?..

Mereka juga begitu, sama macam kita 🙂

5# Beri Hadiah Atau Imbuhan

Jangan pernah rasa lokek hulurkan imbuhan atau hadiah buat pengasuh sebagai tanda terima kasih dan keprihatinan kita.

Sesekali, hulurlah lebih jika mampu. Beli cenderahati bila melancong. Belikan gula, beras,dan roti. Beri duit raya semampu kita.

Mereka juga sebahagian daripada keluarga kita 🙂

hadiahHargailah pengasuh anak kita, tempat anak berteduh saat ibu keluar bekerja. Berterima kasihlah, kerana ada si pengasuh anak kita terjaga makan pakainya.

Tak lupa, doa banyak-banyak kepada Allah moga dimudahkan urusan semua.

Mudahkan ibu-ibu keluar bekerja, mudahkan pengasuh menjaga anak kita.

Moga-moga Allah redha dan kita tak susah hati lagi 🙂

 

Mak Yang Kena Positif Selalu,

KakMimie

013 2293413

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge