Cadangan Aktiviti Yang Boleh Merangsang Minda Anak 1 – 3 tahun

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu πŸ™‚

KakMimie bersiaran dari KL hari nie, bawa anak-anak lepak rumah aunty diorang. Mandi pool, makan-makan, dan aktiviti lain yang releasekan minda, ehe..

Oh ya, cerita tentang anak-anak kann..now days mereka tak terlepas daripada pegang dan guna gajet kan ? Dalam hati nie, risau dan seriau bila anak dah pandai minta dan main dengan gajet tue. KakMimie sendiri pun tak terlepas, apa yang boleh buat sekarang kawal penggunaan gajet tersebut.

Sangat risau jika tak dikawal, boleh bawa kesan buruk yang mempengaruhi sikap dan pemikiran anak-anak suci ini. Ye lah, buka Youtube macam-macam boleh jumpa. Take note ya, peringatan buat si penulis ini juga.

Di kesempatan ruang yang ada ini, KakMimie berhajat untuk compilekan cadangan aktiviti yang boleh dilakukan anak-anak. Sebenarnya ini sebahagian daripada aktiviti anak KakMimie – Maryam Azra. Mana yang okay tue, boleh lah buat. Yang agak kurang sesuai, boleh diubah mengikut kreativiti mak pak masing-masing ya πŸ™‚

Jom kita usaha jauhkan gajet daripada anak-anak dan ajak mereka bermain dengan permainan sebenar.

Kos ?.. he, tak mahal pun. Perhatian disulami kasih sayang itu yang mahal, tak ternilai harganya !

CADANGAN AKTIVITI YANG MERANGSANG MINDA ANAK

1# Main lego / blok

picsart_07-26-11-27-44Ini antara koleksi lego / blok yang Kakak Azra ada. Ummi suka sebab senang nak kemas, ehe.. Kalau yang kecil comel, tak sesuai untuk anak yang suka masuk barang dalam mulut. Kita yang lalu lalang nie pun kadang terpijak, sakit tau !Β Gunalah apa pun mengikut bajet ibu ayah – yang penting pantau keselamatan.

Lego / blok ini sebenarnya melatih koordinasi mata dan tangan untuk fokus. Pujilah anak selalu bila dia tunjuk hasil, walaupun kita tak paham pun apa yang anak buat. Hihi ~

2# Mewarna Lukisan

picsart_07-26-11-20-15

Aktiviti yang mudah dan murah. Sebagai latihan anak belajar memegang pensel warna dengan betul. Biarkan anak berimaginasi dengan peralatan yang ada.

3# Masukkan cereals ke dalam botol

picsart_07-26-11-22-09Yang ini, Ummi bagi cereals HoneyStar untuk Kakak Azra masukkan dalam botol susu EBM yang dah tak guna. Latih daya tumpuan anak – bukan senang tau bagi si kecil πŸ™‚

Boleh juga guna manik besar, butang atau seumpamanya mengikut kesesuaian anak masing-masing. Parents sila pantau keselamatan anak ya.

4# Belajar kayuh basikal

picsart_07-26-11-25-10Walaupun nampak senang, tapi sebenarnya sukar bagi anak yang masih beginner macamΒ Kakak Azra. Bukan anak je kena sabar, tapi mak ayah pun kena sabar sekali tau. Ajar step by step cara kayuh basikal dengan betul di samping pupuk self confidence si anak. Bila basikal berjalan, tengoklah anak senyum 3km.. senang hati kannn ~

5# Kemahiran menyepit

picsart_07-26-11-32-55Mula-mula belajar, memang terkial2-kial Kakak Azra guna penyepit baju nie. Menggigil jari bila tekan tak ternganga pun sepitnya, haha~

Tapi kan, practice makes perfect ! Latih jari supaya kuat dan usaha yang tinggi untuk siapkan kerja menyepit nie πŸ™‚

6# Sorting colours

picsart_07-26-11-37-19

Kakak Azra belum kenal semua colours. Tapi dia tahu bila kena asing ikut warna. Biasa lepas asingkan, Kakak Azra akan sebut ” Eh, samalah Ummi “.. sambil sengih πŸ™‚

Buat masa nie kenal merah, purple, pink, orange je. Boleh lah, nakkk .

7# Bersifat Rahim dengan haiwan

picsart_07-26-11-40-42

Antara aktiviti kesukaan – bagi haiwan makan. Bagi burung, ikan, arnab makan. Sedeqah dan pupuk sifat sayangkan haiwan. Paling mudah bawa je roti atau bijiran jagung untuk burung. Anak-anak pasti teruja !

8# Bermain Pasir

picsart_07-26-11-44-27Kalau ke pantai, inilah aktiviti yang Kakak Azra tunggu2 dan tak sabar sangat nak buat. Mula-mula dulu, perasan dia macam geli je. Lama-lama okay pulak dan susah nak suruh stop main πŸ™‚

9# Main Anak Patung

picsart_07-26-11-46-27

Baby doll Azra namanya Bella. Inilah yang selalu diusung ke sana ke mari. Otak anak-anak macam span tau, mudah serap apa yang dihidang depan mata.

Jadi kann, Kakak Azra tiru dan buat apa yang Ummi buat pada dia dan adik – Kakak Azra buat pada Bella juga. Contoh macam salin diapers, dodoi untuk tidur, sapu ubat, menyusu badan pun dia buat juga ! haha ~

10# Sesi Bebas

picsart_07-26-11-34-49

Di ruang ini lah Kakak Azra bebas berkarya dan berimaginasi kononnya, haha.. Ummi belum buat playroom, jadi main di ruang tamu saja lah. Anak buat sepah memang stress, tapi abaikan sajalah asalkan anak-anak happy. Takmo stress ya, ibu-ibu πŸ™‚

Jom, ajaklah anak bermain. Jangan lupa pantau aktiviti mereka dan keselamatan terutamanya !

Anak happy, mak ayah dua kali ganda happy kann πŸ™‚

 

Ummi Pun Happy Juga,

KakMimie

Sri Putra Mas, KL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge