4 Check List Untuk Ibu Bapa Sebelum Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz

Assalamualaikum semua.
Dalam tak sedar, sekolah tahfiz swasta tumbuh bak cendawan selepas hujan sekarang ini. Alhamdulillah, satu perkembangan yang positif !
Ramai ibu bapa yang berkeinginan tinggi anak-anaknya menghafaz kitab suci Al-Qur’an. Ibu Ayah ke sana ke sini mencari sekolah yang sesuai dengan anak. Jauh pun sanggup juga pergi, demi anak.
Tapi kann, sebelum tue jom check dulu. Sebenarnya apa kriteria yang nak kena ibu ayah tengok ?
Meh KakMimie share sesuatu yang mungkin boleh dijadikan rujukan nanti 🙂

4 Check List Penting Untuk Semakan Ibu Bapa

1# Minat Anak
Sebaiknya sebelum ibu ayah buat keputusan, tanya dulu anak.
“ Abang Uwais nak tak hafaz Al-Qur’an ? “
“ Adik suka tak kalau dapat hafaz Al-Qur’an ? “

quran
Sebenarnya, minat dan kesungguhan anak perlu diambil kira. Hafaz Qur’an bukanlah suatu yang wajib. Jangan sebab anak tak minat, ibu ayah terus paksa dan akhirnya anak tak mampu pun bawa tanggungjawab tersebut. Akhirnya anak protes dan buat masalah di sekolah.
Rugi masa, rugi tenaga, rugi wang ringgit.
2# Kemampuan Anak
Hakikatnya, menghafaz Al-Qur’an bukan mudah. Bukan sekadar menghafaz, tetapi perlu ingat apa yang telah dihafaz berjuzuk-juzuk.
Pastikan anak boleh baca Al-Qur’an dengan lancar, baru boleh fikir nak hantar anak ke sekolah tahfiz. Membaca satu proses, menghafaz pula memerlukan proses yang lain. Bagaimana mahu menghafaz jika baca sacara melihat mushaf pun masih merangkak dan banyak salah hukum tajwidnya ?

images-13
3# Sekolah Pilihan
Terdapat berbagai sekolah tahfiz untuk dipilih oleh ibu ayah. Ada sistem pondok, tahfiz sepenuh masa, pra tahfiz, tahfiz kemahiran dan sebagainya.
Sila pilih dengan penuh rasa tanggungjawab – ini masa depan anak 🙂

4# Peranan Ibu Ayah
Hantar anak ke sekolah tahfiz, bermaksud ibu ayah sangat perlu menunjukkan qudwah yang baik kepada anak-anak. Solat berjemaah, tutup aurat dengan sempurna, kurangkan menonton tv dan penggunaan gajet semasa anak-anak bercuti di rumah.
Suasana dan persekitaran di sekolah biasanya banyak membantu proses pentarbiyahan anak-anak. Mula berjinak dengan usrah, suka kepada perkara yang baik, terhalang daripada melakukan perkara yang boleh mengundang keburukan, terjaga daripada melihat perkara yang tidak baik dan maksiat.
Namun, bila pulang ke rumah biasanya suasana itu hilang. Anak-anak menjadi keliru – nak sesuaikan diri bagaimana ?

P_20160714_104504_BF
Dulu, bila KakMimie dan adik dihantar ke sekolah tahfiz ada saja suara sumbang yang bertanya ;
“ Eh, belajar tahfiz nak kerja apa nanti ? “
“ Ada masa depan ke kalau masuk tahfiz nie ? “
Tapi kaann, jangan risau. Allah dah janjikan rezeki yang cukup bagi mereka yang tekun dan bersungguh-sungguh menjaga kalamNya. Ramai saja anak-anak yang dulunya belajar di tahfiz kini menjadi pensyarah, pendidik, doktor, peguam dan sebagainya.
Yang penting, jaga hak Allah dan Allah akan jaga hak kita 

Salam Sayang,
KakMimie
Hulu Langat, Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge