Resepi : Jus Timun Mudah Sihat Ala Shaklee

Assalamualaikum semua !

Nak share resepi jus yang saaangat mudah untuk disediakan.

Tambahan, sihat pula tue. Bila cuaca panas terik, terbayang jus timun yang berpeluh – peluh nie 🙂

Bahan – bahan :

1 batang timun

1 cawan ais

2 sudu madu

1 sachet Nutriferon Shaklee *kata ala Shaklee kann*

Air secukupnya

Perahan limau atau lemon

Cara – caranya :

1. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar ( blender ) kecuali perahan lemon.

2. Kisar hingga halus.

3. Tapis jika tidak suka dengan serat timun. KakMimie minum dengan seratnya sekali !

4. Letakkan perahan lemon. Kacau dan siap dihidang 🙂

Rasa manis masam segar gituuu.

Info tambahan tentang Nutriferon :

Nutriferon merupakan penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, Jepun pada tahun 1954.

Setelah membuat kajian selama 40 tahun ke atas ribuan jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, akhirnya beliau telah berjaya menemui interferon semulajadi di dunia iaitu Nutriferon. Beliau telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower,Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya pendorong kepada pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Selamat Mencuba,

KakMimie 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge