Sandwich Telur Rebus Sedap Paling Mudah

Assalamualaikum dan selamat pagi ! 🙂

Pagi ini KakMimie nak share macamana nak buat sandwich telur yang mudah tapi sedap !

Sarapan yang ringkas dan mudah.
Sempat suami jamah sebelum pergi kerja dan simpan untuk anak-anak breakfast lepas mandi nanti 🙂

Kalau nak mudah, rebus telur malam sebelum nak buat sandwich esok pagi.
Lepas solat Subuh, boleh mula projek sandwich di dapur.

Bahan – bahan :

10 keping roti Gardenia
4 biji telur rebus
3 sudu mayonis
Sedikit garam
Sedikit lada sulah atau lada hitam
Butter atau marjerin

Cara – caranya :

1. Kupas telur rebus dan lenyekkan guna garfu sampai hancur.
2. Masukkan 3 sudu mayonis dan gaulkan rata.
3. Letak garam, gula, dan lada secukup rasa. Gaul lagi.
4. Sapu butter atas roti dan boleh letak telur tadi atas roti ( Takmo kedekut tau ! )
5. Dah siap, letak roti kosong atas roti yang ada telur rebus tadi.
6. Potong kerak tepi roti untuk dapat kemasan cantik.

Siap dihidang ! 🙂

* Versi KakMimie tak letak sayur. Kalau nak letak, potong dadu timun dan tomato *

Selamat Mencuba.
Anak Suka.
Ibu Happy.
Perut Kenyang.

Love,
KakMimie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge