Pengedar Shaklee Hulu Langat Paling Aktif

Assalamualaikum semua.

Nama diberi Aimie Muhamad Suyat. Panggilan mesra Aimie @ KakMimie.
Saya tinggal di Kampung Jawa, Hulu Langat.

Bekerja sebagai seorang pendidik di sebuah institusi Tahfiz swasta dan seorang Pengedar Shaklee Malaysia.

Saya ummi kepada 2 orang puteri – Maryam Azra ( 3 ) dan Aisyah Jamilah ( 1.8 ) . Eh, nak masuk tiga Januari 2018 ! 🙂
Surihati Encik Suami – Mustaffa bin Nor.

TERJEBAK DENGAN SHAKLEE

Saya dah lama dengar nama Shaklee – sekitar tahun 2010. Tetapi terjebak dan mula mendaftar sebagai ahli pada 2014.

Kisah mula terjebak bila saya ingin cari duit tepi dengan bisnes Shaklee. Sejak itu, saya mula jatuh cinta dengan produknya – satu per satu saya mula consume untuk rasai sendiri kesannya.

Yang paling terkesan pada waktu itu adalah masalah yang saya hadapi ketika hamil. Ketika hamil anak sulung, saya kerap kena simpul biawak. Tengah malam menangis kesakitan, kaki rasa tegang macam kena tarik. Bila hamil anak kedua, saya terus konsisten consume Ostematrix. Alhamdulillah, kejang kebas sepanjang kehamilan hampir tiada !

Semasa hamil anak sulung juga, tekanan darah saya selalu tak cantik – tinggi. Saya dinasihatkan untuk bersalin pada 38 minggu. Bila hamil saja anak kedua, saya rasa seriau untuk hadapi masalah seperti kandungan sulung. Terus saya consume FULL SET PRENATAL ( Set Kehamilan ). Syukur Alhamdulillah, kehamilan anak kedua lebih indah perjalanannya 🙂

KENAPA PILIH BISNES SHAKLEE ?

Jujurnya, terlalu banyak impian yang saya nak capai. Salah satunya menjadikan Shaklee sebagai karier saya sepenuh masa satu hari nanti.

Saya pilih Shaklee sebab saya nak diri sendiri, suami, anak – anak dan keluarga menjalani kehidupan yang bahagia dan sihat. Dengan Shaklee, sedikit sebanyak life style berubah – mula ambil berat tentang penggunaan produk dan pemakanan.

Saya juga pilih Shaklee sebab ia bisnes yang saling menyokong antara satu sama lain. Kami ada mentor yang tak jemu curah dan kongsi ilmu for FREE ! Saling menguatkan hingga rasa ukhuwah seperti sebuah keluarga.

Asbab Shaklee, saya lebih yakin diri dan percaya – saya ada banyak peluang untuk berjaya dan berusaha untuk capai Time Freedom & Money Freedom ! Tiada yang mustahil selagi kita berkehendak dan berusaha ke arahnya 🙂

JOM SERTAI TEAM KAMI

Tiada yang lebih indah bila tahu dan lihat pelanggan mendapat manfaat dengan produk Shaklee. Rasa ada satu kepuasan gitu.

Bagi yang berminat untuk dapatkan produk Shaklee – terutama di kawasan Hulu Langat, boleh terus hubungi saya.

Saya juga ingin jemput anda menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Selain jana pendapatan, anda juga bakal terjebak dengan life style yang lebih sihat dengan Shaklee ! 🙂

Aimie @ KakMimie,
013 2293413.
Guna dan Jual Shaklee.
Hijau, Selamat, dan Berkesan !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge