Diabetes Ketika Hamil : Risiko Kepada Ibu Dan Bayi

Antara kerisauan dan ketakutan bagi ibu hamil adalah menghadapi penyakit yang berisiko. Antaranya diabetes, darah tinggi, anemia dan sebagainya.

Setiap ibu mahukan kandungan yang terbaik dan selamat hingga melahirkan si comel. Bila ibu dapat tahu menghidap penyakit berisiko ketika hamil, tentunya emosi dah tak stabil. Hati mula tak keruan memikirkan keselamatan dan kesihatan janin dalam kandungan.

Entri kali ini KakMimie nak sentuh tentang diabetes ketika hamil atau lebih mudah disebut sebagai GDM.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GDM ?

GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayunya Diabetes gestasi. GDM ialah diabetes yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil. GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.

BERAPAKAH BACAAN PARAS GULA UNTUK GDM ?

Wanita hamil yang mencatatkan paras gula 7.80mmol/L hingga 11.00mmol/L selepas melakukan ujian MGTT dikategorikan sebagai berisiko menghidapi GDM. Manakala bagi wanita hamil yang mencapai bacaan 11.10mmol/L dan keatas pula dikategorikan sebagai pengidap GDM atau diabetes gestasi.

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT GDM ?

  1. Sejarah keluarga menghidapi diabetes.
  2.  Wanita berumur lebih 25 tahun.
  3.  Berat badan yang berlebihan sebelum hamil.
  4. Menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu.
  5.  Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran.
  6.  Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar ( lebih 4kg ) ketika kelahiran terdahulu, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat.
  7.  Jangkitan kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit.

RISIKO GDM TERHADAP IBU HAMIL

GDM tidak membawa petanda jelas di awal permulaannya sehingga mendapat diagnosis daripada doktor, melainkan anda sememangnya penghidap diabetes jenis 1 atau jenis 2.

Antara komplikasi risiko yang mungkin bakal dihadapi oleh ibu hamil adalah:

1# Tekanan Darah Tinggi – GDM boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi semasa hamil.

2# Kesukaran Melahirkan Bayi – Kaedah C-section mungkin membantu ibu GDM melahirkan bayi yang bersaiz besar .

3# Diabetes Jenis 2 – Kesan jangka panjang GDM mungkin bakal membawa ibu selepas kelahiran bayi ke peringkat diabetes yang lebih serius.

RISIKO GDM TERHADAP KANDUNGAN ATAU BAYI

Apabila telah disahkan kita memiliki GDM, secara automatiknya kita perlu berusaha mengawal paras glukosa dalam darah kita. Bantuan khidmat nasihat pakar sangat membantu dalam langkah ini.

Jika paras glukosa tidak dikawal dalam jangkamasa yang lama, mungkin beberapa komplikasi buruk boleh berlaku kepada ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan.

Antara komplikasi atau risiko kepada bayi yang boleh berlaku akibat kesan GDM semasa kehamilan atau selepas kelahiran ialah:

1# Pertumbuhan Berlebihan (Makrosomia) : GDM boleh memyebabkan bayi bersaiz besar atau memiliki lemak badan berlebihan. Memberi lebih cabaran atau kesukaran untuk kelahiran secara biasa atau mendatangkan kecederaan anggota bayi (seperti bahu) jika dipaksa keluar. Memerlukan kaedah Caesaerean jika terpaksa atau mungkin lebih baik.

2# Paras Glukosa Darah Rendah (Hypoglycemia): Sebaik sahaja selepas kelahiran, paras glukosa dalam tubuh bayi mungkin akan menurun sehingga ke paras paling rendah kerana kandungan hormon insulin yang tinggi dalam badan. Ia berlaku akibat mekanisma perubahan persekitaran yang sudah tidak sama seperti di dalam rahim ibu yang ada bantuan tindakbalas insulin-glukosa. Jika hypoglysemia terjadi, bayi akan diberikan air glukos untuk menaikkan paras glukosa dalam darah. Kebiasaanya pemberian susu ibu secara terus lebih membantu dan efektif dalam menangani hal ini.

3# Kesukaran Bernafas (Sindrom Distress Respirasi): Kadangkala selepas kelahiran, bayi mungkin akan mengalami masalah kesukaran bernafas jika ibu berisiko memiliki diabetes GDM. Setelah bantuan pernafasan dan paru-paru menjadi semakin kuat, masalah ini akan beransur pulih.

4# Gangguan Pertumbuhan Jangka panjang selepas kelahiran: Hasil kajian menunjukkan bahawa anak daripada ibu yang memiliki masalah diabetes atau GDM akan mempunyai risiko masalah pertumbuhan seiring pertambahan usia. Masalah pertuturan lambat dan masalah kawalan motor anggota badan adalah antara risikonya.

5# Pembawa Sejarah Diabetes Keluarga: Anak yang memiliki sejarah daripada ibu GDM mungkin turut bakal memiliki masalah diabetes di dalam kehidupannya.

TIPS ATASI DIABETES KETIKA HAMIL

OK, sebaiknya langkah mengelakkan GDM semasa hamil seeloknya dilakukan lebih awal walaupun kita tidak mengandung. Kerana diulangi, GDM hanya boleh dikesan selepas diagnonis doktor pada fasa kehamilan tertentu.

Antara perkara yang boleh membantu untuk mengelak GDM semasa hamil ialah:

1# Selalu Bersenam – Senaman atau beraktiviti aktif secara sihat mampu merangsang tubuh untuk memanfaatkan lebih glukos. Lebih baik berbanding aktiviti pasif yang memaksa tubuh bekerja keras menghasilkan insulin untuk mengekalkan paras glukosa normal. Kesan sampingan kawalan glukosa ini turut membantu mengawal berat badan berlebihan ketika hamil, tidur atau rehat yang lebih berkualiti dan memperbaiki perubahan mood.

2# Kaedah Perubatan/Suntikan Insulin – Mungkin setelah penjagaan pemakanan dan amali senaman, kita terpaksa memerlukan lebih kawalan paras glukosa dalam darah. Preskripsi insulin atau kaedah perubatan lain mungkin juga boleh membantu. Oleh itu, nasihat dan pantauan daripada doktor adalah amat diperlukan.

3# Jaga Nutrisi Pemakanan – Sebelum ini kita tahu bahawa “Kita adalah apa yang kita makan”. Bagi ibu hamil, ia lebih lagi: “Bayi kita makan apa yang kita makan”. Jadi ambil kira apa yang baik untuk kita dan juga bayi bagi mengelakkan paras glukosa yang tinggi dalam darah secara berlebihan. Pengambilan suplemen vitamin untuk ibu hamil dan GDM turut boleh membantu mengatasi masalah ini.

4#Mengambil supplemen yang boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah -Shaklee mempunyai produk yang dapat mengawal tahap gula dalam darah dan ianya selamat  diambil oleh ibu hamil kerana sifatnya yang semulajadi dan tiada dadah atau ubat terlarang.

BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU MEREKA YANG MENGHIDAPI DIABETES @ GDM KETIKA HAMIL ?

1) Esp

kandungan Glisemik Indeks yang rendah boleh menggantikan karbohidrat dalam diet seharian dan akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah. Protein soya adalah antara karbohidrat yang baik untuk menghidap kencing manis ketika hamil.

2) B Complex

Untuk metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga.

3) Vitalea

Kandungan zinc dalam vitalea berfungsi menurunkan paras glukosa dalam darah dan bantu pembentukan insulin yang baru. Mengandungi Chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan.

4) Ostematrix

Kekurangan magnesium semasa hamil adalah salah satu punca terkena kencing manis. Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis. Magnesium meningkatkan kadar rembesan insulin dan mengurangkan rintangan insulin.

5) Vitamin C

Memperbaiki kadar toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi dalam salur darah akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul banyak.

TESTIMONI BERKESAN YANG MENGGUNAKAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

Bagi yang mengalami masalah diabetes ketika hamil atau mahu ikhtiar sihat sepanjang kehamilan, boleh hubungi KakMimie ya. Kita ikhtiar yang terbaik, moga Allah nilai usaha kita untuk memastikan kandungan kita selamat dan sihat hingga melahirkan 🙂

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Aimie Suyat

SID : 1161055

Call / Wassap : 013 2293413

Atau untuk pembelian lebih pantas, boleh klik ikon di bawah :

One thought on “Diabetes Ketika Hamil : Risiko Kepada Ibu Dan Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge