Luahan Si Kecil : Kenapa Ummi Suka Marah ?

Assalamualaikum semua 🙂

KakMimie harap anda yang membaca entri ini masih sabar dan boleh tersenyum bila terkenang karenah anak – anak yang kadang menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa.

Istighfar

.

Tarik nafas dalam – dalam

.

Senyum 🙂

Ini bukanlah ubat mujarab untuk ibu yang cepat panas hati dan mudah naik marah. Namun sekurang – kurangnya kita bawa hati kita untuk ingat Allah dan elakkan diri kita melakukan sesuatu yang mungkin boleh mencederakan anak.

KakMimie sebagai ibu yang anak sulung baru 3 tahun tak terlepas dari rasa ini. Masih berusaha untuk jadi cool macam snow dalam cerita Frozen. Hihi..

Kadang kita penat. Anak tertumpahkan air, terus kita jerkah anak. Padahal dia tak sengaja pun. Tercalar emosi anak. Kita insaf tak buat lagi. Waktu anak tidur, kita renung muka anak sambil menangis menyesal dengan apa yang kita dah buat.

So, jom kita semak dan cuba ingat beberapa perkara sebelum kita asyik dan suka benar nak marah anak.

1# Anak Anugerah Terindah

Berapa ramai di antara kita yang menunggu bertahun – tahun untuk mendapat zuriat yang diingini. Kenanglah saat mereka dilahirkan. Saat kita mula bertukar status menjadi ayah dan ibu.

Mereka amanah kita – didik dan asuh mereka dengan sempurna. Memberi perlindungan, rasa selamat, dan pelajaran yang terbaik untuk masa depan mereka.

2# Kasihani Si Comel

Anak – anak mengharapkan bimbingan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Tegur mereka dengan baik jika buat salah, bukan terus tengking dan jerkah.

Jiwa mereka halus, usah calarkan dengan kritikan dan jeritan yang tak padan dengan usia mereka. Dikhuatiri, mereka akan semakin jauh dengan kita. Hilang rasa percaya dengan kita sebagai ibu dan ayah.

3# Kita Tidak Sempurna

Kesilapan yang dilakukan anak adalah satu proses pembelajaran sebenarnya. Sebagai ibu ayah, kita pun tak boleh nak anak perfect sentiasa.

Kadang tertumpahkan air, terconteng dinding, ‘ terlepas ‘ dalam seluar masa proses potty train, seronok sangat berlari sampai terjatuh.

Sebagai ibu ayah, kita memang tak boleh harap anak – anak sempurna tanpa buat silap. Dulu, kita lahir boleh terus berlari ke ? 🙂

4# Anak Saham Akhirat Kita

Sabda Nabi S.A.W : ” Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara : Sedeqah jariah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya ” – Hadith Riwayat Muslim.

Ya, anak yang soleh menjadi saham akhirat kita. Kelak doa mereka yang akan sampai kepada kita apabila kita pergi meninggalkan dunia ini.

5# Ingat Masa Gembira Bersama

Sejujurnya, setiap kelahiran membawa kegembiraan buat ibu ayah. Setiap proses perkembangan anak, kita lalui dengan rasa gembira dan teruja !

Namun bila anak melakukan kesilapan kecil, wajarkah kita terus menghukum hingga mencalarkan emosi mereka ? Lupakah kita pada saat manis gembira yang dilalui bersama ?

Jom kita muhasabah, moga Allah campakkan dalam hati kita rasa kasih dan sabar yang mendalam supaya proses mendidik anak – anak menjadi lebih seronok dan terfokus 🙂

KakMimie.

2 thoughts on “Luahan Si Kecil : Kenapa Ummi Suka Marah ?

  • June 6, 2017 at 12:48 pm
    Permalink

    Betul..,kadang kesian anak kena marah x pasal2…bnyk lg yang kena muhasabah diri nie…

    Reply
  • June 6, 2017 at 4:03 pm
    Permalink

    InsyaAllah.. harap saya pun dapat praktikkan. Sebab memang selalu marah anak

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge