4 Sebab Luka Bersalin Czer Lambat Sembuh

Assalamualaikum semua.

Ramai yang beranggapan bersalin secara pembedahan itu lebih mudah dantidak sakit daripada bersalin secara  normal. Sama ada secara pembedahan atau normal, keduanya perlu kepada penjagaan yang rapi.

Saya pernah merasa keduanya, yang sulung normal manakala yang kedua secara pembedahan. Namun menurut pandangan peribadi saya, penjagaan selepas bersalin bagi ibu yang bersalin secara czer ( pembedahan ) lebih rumit dan perlu kepada perhatian yang lebih.

Antara ketakutan dan kerisauan ibu yang bersalin secara czer adalah luka lambat kering dan jahitan terbuka. Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan setengah kes akan bernanah dari dalam.

PENYEBAB LUKA CZER LAMBAT SEMBUH

Amalan berpantang tersangatlah penting bagi ibu selepas bersalin. Bak kata orang tua “ Sayang badan, nak pakai lama “ . Amalan berpantang sangat membantu luka-luka dalaman dan luaran sembuh dengan baik dan sempurna.

Tidak kira berpantang secara moden atau tradisional, keduanya punya tujuan yang sama iaitu membantu pemulihan tubuh badan supaya cergas dan bertenaga untuk kebaikan diri ibu sendiri. Suami juga tidak terlepas dari tanggung jawab ini, memberi sokongan fizikal dan mental sepanjang tempoh berpantang.

Jom semak, apakah punca luka czer ibu bersalin lambat sembuh ?

PERTAMA # PEMAKANAN

Penyediaan makanan dalam tempoh berpantang perlu dititik beratkan. Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan rasa gatal pada luka, yang lebih teruk hingga menyebabkan luka bernanah dari dalam.

Banyakkan makan lauk yang dikukus, direbus atau dibakar.

KEDUA # KEBERSIHAN

Tidak dinafikan, penjagaan luka bersalin pembedahan ini sedikit rumit dan memerlukan perhatian yang lebih. Pastikan persekitaran sentiasa bersih. Peralatan yang digunakan untuk mencuci luka harus bersih. Jangan lupa membasuh tangan sebelum dan selepas mencuci luka.

Jika kebersihan tidak dijaga, dikhuatiri kuman mudah berpindah ke tempat luka tersebut dan akhirnya mendatangkan masalah yang tidak diingini.

KETIGA # AKTIVITI

Pergerakan dan aktiviti seharian juga mempengaruhi proses penyembuhan luka. Kita beranggapan ibu berpantang hanya perlu berehat dan berbaring, jika bangun pun hanya untuk ke bilik air dan menyusukan anak.

Hakikatnya, banyak berehat berbaring tidak elok buat ibu yang bersalin secara pembedahan. Apa yang disarankan ialah melakukan aktiviti ringan seperti berjalan setakat yang mampu untuk ke dapur dan ke tandas. Ia sebenarnya membantu pengaliran darah yang lancar untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Namun diingatkan, ibu tidak boleh melakukan aktiviti berat dan boleh memudharatkan diri. Elakkan mengangkat bebanan berat untuk mengelakkan peranakan jatuh.

KEEMPAT # KEKURANGAN ZAT

Dalam amalan berpantang secara tradisional, terdapat banyak pantang larang buat ibu bersalin. Air minum dicatu, dibenarkan minum sedikit sahaja. Namun, sebenarnya ia mendatangkan masalah perkumuhan lalu terjadilah sembelit. Minum air kosong sebenarnya membantu proses penyembuhan dan membantu pengeluaran susu ibu.

Bagi setengah orang, bayam tidak boleh diambil kerana ia sayuran berjenis sejuk.  Namun sebenarnya sayur bayam penuh khasiat dengan zink untuk membantu penyembuhan luka kita.

PILIHAN TERBAIK BUAT IBU BERSALIN CZER

Ramai ibu bersalin czer mengalami masalah kelesuan dan hampir putus asa apabila luka pembedahan lambat kering dan lambat sembuh. Lebih stress, ia mengakibatkan jangkitan kuman dan bernanah.

Pilihan terbaik bagi ibu yang mengalami masalah di atas ialah VIVIX.

1. Vivix adalah sumber anti-oksidan dan mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi membantu dalam penyembuhan luka pembedahan ibu.

2. Vivix juga membantu dalam membaiki sel-sel hingga ke peringkat DNA lagi. Ia akan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat dan panjang jangka hayatnya.

Jadi, luka dalaman yang tidak dapat dilihat itu dapat sembuh dengan sempurna, Insya Allah.

3. Dalam kandungan Vivix , terdapat penjana tenaga yang dipanggil Mitochondria. Mitochondria membantu memberi tenaga yang ibu-ibu perlukan semasa berpantang.

Ramai ibu yang mengambil Vivix semasa berpantang  cepat sihat dan bertenaga!

4. Vivix  membantu dalam melambatkan proses penuaan dalam badan kita.

Ibu berpantang biasanya mempunyai kulit kusam dan tak bermaya, menjadi bertambah cantik berseri.

TESTIMONI IBU BERPANTANG DENGAN VIVIX

Apa kata mereka ya ? ..

Ia sangat berbaloi diamalkan. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Puan Aimie di talian 013 2293413. 

Untuk pembelian lebih pantas, boleh klik ikon di bawah :

 

Aimie Suyat

SID : 1161055

Call / Wassap : 013 2293413

 

 

One thought on “4 Sebab Luka Bersalin Czer Lambat Sembuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge