Resepi : Ayam Masak Halia Mudah dan Sedap

Assalamualaikum.

Dah kering idea nak masak menu apa ? Apa kata cuba resepi ayam masak halia yang mudah ini.

Semua orang boleh masak ! ūüôā


Hidangan untuk 4 orang makan.

Bahan-Bahan:

  • ¬†1/2 ekor ayam dipotong kecil ( ayam organik atau ayam kampung lebih baik dan sihat ).
  • ¬†4 ulas bawang putih dihiris nipis
  • ¬†2 cm halia dihiris halus memanjang
  • ¬†1 sudu besar kicap cair
  • ¬†1 biji bawang besar dihiris nipis membulat
  • ¬†1 biji cili merah, hiris nipis
  • ¬†1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm
  • ¬†1 1/2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • ¬†Sedikit minyak masak untuk menggoreng ayam
  • ¬†Lada sulah atau lada hitam
  • ¬†Garam dan kunyit
  • ¬†Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan toskan.

2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 2 sudu dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi.

3. Masukkan pula kicap cair, dan sedikit lada putih. Kacau seketika.

4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika suka lebih kuah.

5. Masukkan cili merah dan bawang besar. Kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Angkat dan tabur dengan daun bawang. Hidangkan bersama nasi panas.

Semoga bermanfaat.
Selamat mencuba ya !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge