Tips Jaga Luka Czer Supaya Cepat Sembuh

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang penjagaan luka pembedahan ( czer ). Bagi ibu yang bersalin secara czer, jangkitan kuman pada luka jahitan hingga menyebabkan bernanah dan berair lalu kena cuci semula di hospital merupakan nightmare bagi mereka.

Untuk mengelakkan ketakutan dan rasa ngeri itu berulang, jom kita check apa yang patut kita buat untuk jaga luka jahitan tersebut.

TIPS JAGA LUKA CZER

1 # Pastikan Luka Bersih dan Kering

Seperti yang kita maklum, luka czer perlu sentiasa kering dan bersih. Jika lembab, ia akan berbau dan menjadi kurang bersih kerana akan ada daki-daki sekitar luka yang dikhuatiri akan menyebabkan jangkitan kuman.

2 # Cuci Luka Ketika Mandi

Jangan takut untuk alirkan air di tempat luka. Sebaiknya ambil kapas dan cuci luka dengan air suam.

Gosok dengan lembut di sekitar tempat jahitan untuk memastikan tiada daki dan kotoran di sekitar luka.

Minta bantuan suami jika tidak mampu lakukannya dengan sendiri.

3 # Keringkan Tempat Luka

Ini memang wajib dilakukan selepas mandi dan bila ibu rasa berpeluh. Lap terlebih dahulu dengan kain yang bersih kemudian keringkan luka dengan hair dryer atau pun kipas.

Ibu juga boleh berbaring sambil dedahkan luka jahitan supaya luka tersebut tidak lembab jika kerap berpeluh.

4 # Sapukan Ubat Yang Dibekalkan Sebelum Memakai Bengkung

Memakai bengkung juga penting walaupun ibu bersalin secara czer. Namun pilihlah bengkung yang khas untuk czer. Ia membantu menyokong perut dan mengurangkan rasa sakit.

Jika doktor bekalkan ubat, sapu terlebih dahulu.

5 # Letak Tisu Atau Kapas Sebelum Memakai Bengkung

Untuk mengelakkan tempat luka berpeluh, letak tisu atau kapas ( yang jaring – jaring untuk luka. Bukan kapas muka ) di tempat luka untuk menyerap peluh.

Pastikan kapas atau tisu diganti sekerap mungkin untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Baca juga : 4 Sebab Luka Bersalin Czer Lambat Sembuh

Semoga luka ibu cepat sembuh ya !

 

One thought on “Tips Jaga Luka Czer Supaya Cepat Sembuh

  • June 10, 2017 at 8:13 am
    Permalink

    kalau ikut semua langkah ni, risiko utk dpt jangkitan dapat dikurangkan..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge