5 Faktor Kanak – Kanak Mudah Diserang Asthma

Assalamualaikum.

Sebagai ibu ayah yang prihatin, sememangnya hati akan rasa resah gelisah bila tengok anak sakit. Lebih lagi bila anak yang sakit, bawah umur 2 tahun. Mereka tak pandai beritahu sakit macamana, hanya rengekan dan tangisan yang menggambarkan segala.

APA ITU ASTHMA ?

Asthma atau orang biasanya panggil lelah / semput adalah penyakit yang berpunca daripada kekejangan otot di bahagian kerongkong yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi bengkak dan sempit. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan berkurangan udara.

Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, nafas berbunyi, sesak dada dan batuk.

Asthma terjadi disebabkan oleh penyempitan dan inflamasi saluran udara yang boleh berlaku akibat alahan kepada persekitaran, salah makan, cuaca terlalu sejuk, ubat-ubatan, terkena asap, habuk dan lain-lain.

ADAKAH ASTHMA MENYERANG KANAK -KANAK ?
Asthma boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira jantina dan umur termasuklah kanak-kanak. Kanak-kanak yang diserang asthma boleh menjadi serius dan kronik kerana ia boleh mengganggu saluran pernafasan dan jika dibiarkan boleh membawa maut.
Asthma di kalangan kanak – kanak kadangkala berpunca daripada batuk dan kahak yang terkumpul di dalam dada. Kanak-kanak tidak pandai untuk membuang sendiri kahaknya lalu menyebabkan kahak terkumpul dan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
Kanak-kanak yang mempunyai asthma perlu diberikan perhatian yang rapi. Jika tidak diambil berat, ia berbahaya kepada kanak – kanak hingga boleh membawa maut.
APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN KANAK – KANAK DISERANG ASTHMA ?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kanak – kanak mudah diserang asthma, antaranya :

#1 Genetik Atau Keturunan

Jika ibu bapa atau salah seorang menghidapi asthma, berkemungkinan anak-anak mewarisinya. Jadi bersedialah untuk menghadapinya.

# 2 Terdedah Kepada Asap Rokok

Anak-anak yang terdedah kepada asap terutamanya asap rokok sama ada dalam kandungan dan selepas dilahirkan mempunyai risiko terkena asthma. Oleh sebab itulah, asap rokok ini sangat berbahaya kepada ibu hamil dan juga orang ramai.

# 3 Kelahiran Pramatang

Kelahiran bayi pramatang juga merupakan salah satu faktor. Ini kerana bayi pramatang agak sensitif dan mudah terkena jangkitan disebabkan antibodi mereka yang rendah dan masih lemah.

#4 Persekitaran

Faktor persekitaran yang tidak bersih seperti berhabuk, berdebu, dan berhama menjadi penyumbang kanak-kanak terkena asthma. Bersihkan persekitaran sekerap mungkin untuk mengurangkan risiko anak – anakdiserang asthma.

# 5 Kesihatan

Kanak-kanak yang kerap demam, selsema dan batuk juga boleh menjadi penyebab terjadi nya asthma. Oleh itu, ibu ayah boleh ikhtiar untuk mencari jalan dengan meningkatkan sistem imun tubuh badan anak – anak supaya tidak mudah diserang penyakit.

SAYANGILAH ANAK KITA .TINGKATKAN IMUNISASI MEREKA .

Sebagai ibu ayah yang prihatin, berikanlah yang terbaik untuk anak – anak. Duit boleh dicari, tetapi kesihatan dan nyawa anak tiada galang ganti.

Saya sangat mengesyorkan Set Anak Sihat ini untuk membantu meningkatkan sistem imun tubuh anak – anak supaya kebal dan tidak mudah diserang penyakit.

 

1. Meal Shakes – Sumber protein dilengkapi 19 vitamin dan mineral semulajadi. Sumber kalsium yang tinggi serta kaya dengan fiber dan protein. Juga sesuai untuk meningkatkan selera makan anak.

2. Omega Guard – Selain membantu perkembangan sel-sel saraf otak, minyak ikan terbaik dunia ini juga membantu meningkatkan imunisasi dan keupayaan otak kanak-kanak.

3. Vitamin C Chewable – Di samping meningkatkan imunisasi, vitamin C ini juga menguatkan tulang, gigi dan gusi kanak-kanak.

4. Nutriferon – Bertindak meningkatkan interferon semulajadi badan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan.Satu-satunya produk yang dipatenkan untuk Shaklee bagi meningkatkan sistem imun. Sila dapatkan nasihat untuk dos yang berpatutan bagi kanak-kanak.

Himpunan Testimoni OMEGA GUARD Shaklee

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Aimie di talian 013 2293413.

Untuk pembelian lebih pantas, boleh klik ikon di bawah :

Aimie Suyat

SID : 1161055

Call / Wassap : 013 229.3413

One thought on “5 Faktor Kanak – Kanak Mudah Diserang Asthma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge