Resepi Mudah Jagung Rebus Susu Berkrim

Assalamualaikum semua.

Bulan puasa ini, tentu ibu sibuk cari resepi tambahan untuk menu berbuka puasa kannn..

Resepi yang viral ini KakMimie dah buat lama, baru sempat nak kongsi dengan semua 🙂

Jagung nie memang feveret anak2 dan suami. Kakak Azra yang umur 3 tahun nie pun boleh habiskan setongkol jagung. Kalah Ummi dia !

Meh, jenguk resepi mudah nie 🙂

JAGUNG REBUS SUSU BERKRIM

Sebenarnya, mudah sangat. Cuma nak atau tak je buat. Bergantung kepada kerajinan masing – masing. KakMimie pun baru juga dapat aura rajin nie walaupun dah lama kot viral pasal jagung nie, hihi..

Bahan-bahan :

1. Jagung 4 tongkol ( KakMimie potong 3 )

2. 1 tin susu cair

3. 5 sudu susu pekat manis

4. 2 sudu butter / marjerin

5. Garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan jagung tadi dan masak dalam 5 – 7 minit.

2. Bila jagung dah kekuningan, keluarkan dan tos.

3. Buang separuh air dalam periuk. Biarkan api menyala dan masukkan susu cair, susu pekat, dan butter.

4. Masukkan semua jagung yang dah ditos tadi.

5. Bubuh garam secukup rasa, maksudnya dah dapat rasa lemak2 berkrim gituu.

6. Biarkan mendidih dan masak dalam 7 – 10 minit lagi.

7. Tutup api, dan tadaaaa.. Siap dah ! 🙂

Meh KakMimie share tutorial bergambar pulak :

Rebus jagung sampai masak dalam 7 – 10 minit. KakMimie didihkan air dulu baru masukkan jagung. Angkat dan toskan. Air jangan buang tau 🙂

Buang separuh air dalam periuk. Biar api menyala. Lepas tue boleh masukkan susu cair 1 tin. KakMimie guna susu cair Dairy Champ je.

**Alternatif lebih sihat – guna fresh milk ! 🙂

Bubuh 5 sudu susu pekat manis.

**Alternatif sihat – buh madu atau gula kabung 🙂

Masukkan butter / marjerin. KakMimie guna marjerin, itu je yang ada kat peti ais. Hihi..

Masukkan semua jagung. Lepas itu, masukkan garam secukup rasa – nak rasa lemak2 berkrim gituu..

Biarkan mendidih dalam 5 – 7 minit.
Dah siap, boleh lah jamu suami, anak, dan keluarga 🙂

Untuk si kecik 🙂
Nak mudah, hiris isi jagung tue. Slurrppp, kuah dia memang sedap !
Tadaaaa..
Wajib hantar rumah mak – sebelah rumah je !

Selamat mencuba ya 🙂

One thought on “Resepi Mudah Jagung Rebus Susu Berkrim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge