Tips Tingkatkan Sistem Imun Tubuh Anak – Anak

Assalamualaikum.

Hari ini KakMimie nak share tips bagaimana kita nak bantu tingkatkan sistem imun anak – anak supaya tidak mudah diserang penyakit. Bukan tak sakit langsung, namun lebih kebal hadapi serangan penyakit yang bermacam – macam sekarang ini.

APA ITU SISTEM IMUN ?

Sistem imun merupakan sistem kekebalan tubuh yang berfungsi untuk mencegah dan melawan virus dan bakteria yang dapat membahayakan tubuh badan.

Peranan sistem imun dalam tubuh sangat penting untuk menjaga kesihatan dan memberikan perlindungan dari pengaruh berbahaya dari luar. Sistem imun yang lemah akan menyebabkan bakteria atau virus sangat mudah untuk menjangkiti tubuh badan hingga menyebabkan penyakit.

TIPS TINGKATKAN SISTEM IMUN TUBUH ANAK – ANAK

1# Pemberian Susu Ibu Secara Ekslusif

Pemberian susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan merupakan salah satu cara untuk meningkatkan sistem imun pada anak-anak.

Kandungan gizi di dalam susu ibu akan meningkatkan kekebalan tubuh anak dan memberikan perlindungan dari bahaya jangkitan virus serta bakteria.

Selain itu, susu ibu juga sangat bermanfaat dalam mencegah terjadinya berbagai penyakit pada bayi seperti gangguan masalah pencernaan dan gangguan pernafasan serta untuk membantu perkembangan sel-sel dalam otak.

2# Rehat Yang Cukup

Rehat yang cukup akan membuat sistem kekebalan tubuh anak meningkat. Sepanjang proses tidur berlangsung, dalam tubuh anak – anak akan berlaku pembentukan sel-sel baru untuk menghalang jangkitan virus dan bakteria.

Pastikan anak – anak mendapat waktu tidur yang cukup iaitu 10 jam  sehari supaya sistem kekebalan tubuhnya meningkat.

3# Penuhi Keperluan Nutrisi Anak

Memberikan keperluan gizi atau nutrisi yang seimbang akan membantu dalam meningkatkan sistem imun anak.

Makanan yang kaya dengan nutrisi berfungsi untuk membentuk sel-sel baru dan menghalang bermacam serangan virus.

Dengan itu, hidangkanlah real food dan mengandung gizi seimbang.

4# Wujudkan Persekitaran Yang Bersih Dan Sihat

Persekitaran dan corak hidup yang bersih dan sihat tentunya akan mempengaruhi sistem kekebalan tubuh.

Penerapan hidup yang sihat pada anak-anak perlu dibiasakan sejak kecil. Bermula dengan membiasakan mencuci tangan dengan sabun sebelum makan dan mengajarkan anak untuk membiasakan diri membersihkan persekitaran tempat tinggal.

Corak hidup sihat dan persekitaran yang bersih akan menghindarkan anak dari serangan jangkitan virus dan bakteria yang berbahaya.

Baca juga : 5 Faktor Kanak – Kanak Mudah Diserang Asthma

Jom, sayangi anak kita ! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge