Anemia Ketika Hamil : Risiko Terhadap Ibu Dan Bayi

Assalamualaikum.

Mungkin tidak ramai yang ambil berat dengan penyakit Anemia ini sehinggalah saat hamil apabila perlu dipantau dan diperiksa tahap kesihatan semasa oleh jururawat atau doktor.

APAKAH ANEMIA?

Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia ( kurang kandungan oksigen ) dan kurang tenaga.

BAGAIMANA ANEMIA DAPAT DIKESAN ?

Anemia dapat dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin ( Hb ) dalam sel darah merah kurang daripada 11 gm/dl.

JENIS – JENIS ANEMIA SEMASA HAMIL :

1) Kekurangan Zat Besi

Anemia ini berlaku apabila badan tidak mempunyai cukup zat besi untuk menghasilkan hemoglobin. Hemoglobin merupakan protein dalam sel darah merah. Ia membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan. Jika kekurangan zat besi maka darah tidak boleh membawa oksigen yang mencukupi kepada tisu di seluruh badan.
Kekurangan zat besi adalah punca yang paling biasa anemia semasa kehamilan

2) Kekurangan Folat

Folat juga dikenali sebagai asid folik yang merupakan  sejenis vitamin B. Badan memerlukan folat untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuk sel darah merah.
Ketika mengandung, wanita perlu kepada folat tambahan. Tetapi kadang-kadang mereka tidak mendapat cukup folat tambahan dari diet mereka. Apabila ini berlaku, tubuh tidak boleh menghasilkan  sel-sel darah merahyang cukup untuk mengangkut oksigen ke tisu-tisu di seluruh badan. Dengan sebab itulah, doktor selalu saran dan duruh ibu hamil ambil asid folik.
Kekurangan folat boleh menyumbang kepada beberapa jenis kecacatan kelahiran, seperti kecacatan tiub neural (spina bifida) dan bayi kurang berat badan ketika lahir.

3) Kekurangan vitamin B12

Badan memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah. Wanita hamil jika tidak mendapat cukup vitamin B12 daripada pemakanan, badan tidak boleh menghasilkan sel darah merah. Wanita yang tidak makan daging, ayam, produk tenusu, telur dan mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengalami kekurangan vitamin B12, yang boleh menyumbang kepada kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural, dan boleh membawa kepada kelahiran pramatang.

RISIKO ANEMIA KEPADA IBU DAN BAYI

Bagi ibu hamil, anemia boleh menyebabkan :

– Keguguran bayi dalam kandungan

– Tumpah darah semasa dan selepas bersalin

– Kematian

Bagi bayi pula, anemia boleh menyebabkan :

– Tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut

– Bayi lahir dengan berat badan yang kurang ( kurang 2.5 kg )

– Kelahiran bayi pramatang ( tidak cukup bulan )

– Bayi meninggal dalam kandungan

BAGAIMANA ANEMIA BOLEH DI ATASI ?

Untuk mengelakkan anemia semasa hamil, pastikan anda mendapat cukup zat besi. Anda mungkin perlu mula mengambil suplemen zat besi atau asid folik tambahan kepada vitamin yang sedia ada.

Doktor anda juga mungkin akan mengesyorkan anda menambah lebih banyak makanan yang kaya dengan zat besi dan asid folik untuk diet anda. Jadi, saya sangat syorkan pengambilan Vitalea Shaklee dan untuk merawat kekurangan vitamin B12, anda mungkin boleh ambil makanan tambahan vitamin B12 atau vitamin B-complex yang baik dan lengkap seperti B-Complex Shaklee.

Jika ambil Set Kehamilan Shaklee, lebih baik untuk kesihatan ibu dan bayi 🙂

 

TESTIMONI MEREKA YANG BERJAYA ATASI HB RENDAH KETIKA HAMIL

 

 

Ikhtiarlah sehabis daya supaya diri ibu dan bayi dalam kandungan selamat. Mohon dielakkan berlaku sesuatu di luar jangkaan kita, Na’uzubillah.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya Puan Aimie di talian 013 2293413.

Pembelian lebih pantas, boleh klik ikon di bawah :

Aimie Suyat

SID 1161055

Wassap 013 2293413

 

 

6 thoughts on “Anemia Ketika Hamil : Risiko Terhadap Ibu Dan Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge