Panduan Pemakanan Ibu Hamil Yang Menghidap Anemia Yang Patut Ibu Tahu

Bagi ibu hamil yang menghidap anemia ( kurang darah ), sangat dinasihatkan agar menjaga dan mengambil berat tentang pemakanan seharian yang diambil.

Hemoglobin yang rendah sangat berisiko buat ibu hamil dan bayi yang dikandung. Ia boleh menyebabkan komplikasi semasa dan selepas bersalin.

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu paras hemoglobin ( Hb ) dalam sel darah merah kurang daripada 11 gm/dl.

CARA MENGATASI MASALAH ANEMIA BUAT IBU HAMIL

1# Tambah Darah Dengan Makan Makanan Kaya Zat Besi

  • Sumber makanan kaya zat besi yang baik adalah daripada sumber haiwan seperti daging, ayam, ikan, kerang, sotong dan ikan bilis.
  • Sayuran hijau juga kaya dengan zat besi seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam, dan kalian.

2# Makan Sekurang-Kurangnya Satu Jenis Hidangan Dari Sumber Haiwan Setiap Hari

Pelbagaikan menu dalam pemakanan seharian. Pastikan makan sekurang-kurangnya satu hidangan ikan, ayam, daging, atau sumber haiwan yang lain setiap hari untuk mendapat khasiat dan manfaat zat besi.

3# Tambah Darah Dengan Supplemen ( Makanan Tambahan )

Pilih supplemen yang selamat untuk anda. Supplemen yang dicadangkan adalah terdiri daripada vitamin zat besi ( Iron ), asid folik, vitamin C, dan vitamin B Complex.

BAGAIMANA UNTUK TINGKATKAN PENYERAPAN ZAT BESI ?

1# Lebihkan Makanan Yang MembantuMeningkatkan Penyerapan Zat Besi

  • Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga dan sayuran hijau seperti pegaga, bayam, dan kangkung.
  • Minum jus buah – buahan yang di kisar sendiri. Tanpa gula lebih baik.
  • Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam, dan isi daging.

2# Kurangkan Makanan Yang Mengandungi Bahan Penghalang Penyerapan Zat Besi.

  • Kopi, teh, minuman berkarbonat dan minuman bersusu serta bercoklat antara minuman yang boleh menghalang penyerapan zat besi.
  • Jika ambil makanan tambahan ( supplemen ) atau ubat doktor, pastikan minuman tersebut diambil sekurang-kurangnya 2 jam selepas itu untuk mengelakkan gangguan penyerapan.

Baca juga Anemia Ketika Hamil : Risiko Kepada Ibu Dan Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge