Hipertensi Ketika Hamil : Risiko Kepada Ibu Dan Bayi

Hipertensi ketika hamil merupakan keadaan di mana tekanan darah ibu hamil meningkat melebihi paras normal.

Tekanan darah normal untuk individu biasa adalah sekitar 140/90. Manakala tekanan darah normal bagi ibu hamil adalah 110/70  atau 120/80. Sekiranya tekanan darah ibu hamil melebihi 140/90 ia dikategorikan mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT HIPERTENSI KETIKA HAMIL ?
  1. Hamil untuk pertama kali
  2. Berumur kurang dari 20 tahun atau lebih dari 35 tahun.
  3. Mempunyai sejarah hipertensi semasa kehamilan yang lalu
  4. Kandungan kembar
  5. Berat badan berlebihan atau obesiti ketika hamil
  6. Menghidap hipertensi dan diabetes
APAKAH TANDA – TANDA HIPERTENSI KETIKA HAMIL ?
  1. Sakit kepala yang teruk dan kerap
  2. Penglihatan kabur
  3. Kerap rasa tidak sihat
  4. Pedih ulu hati
  5. Loya dan muntah
  6. Bengkak seluruh badan ( muka sembab, tangan dan kaki bengkak )
  7. Sesak nafas
APAKAH RISIKO HIPERTENSI KEPADA IBU DAN BAYI ?

Bagi ibu hamil, hipertensi boleh menyebabkan :

  1. Sawan – sekiranya tekanan darah tinggi tidak terkawal
  2. Strok
  3. Tekanan darah semakin meningkat dan tidak terkawal
  4. Sesak nafas
  5. Fungsi buah pinggang dan hati terjejas – menyebabkan protein terdapat dalam air kencing ( air kencing kotor )
  6. Uri terpisah dari rahim – mengakibatkan bayi mati dalam kandungan.
  7. Darah gagal membeku

Bagi bayi pula, hipertensi boleh menyebabkan :

  1. Tumbesaran terbantut di dalam kandungan ibu
  2. Bayi meninggal dalam kandungan
  3. Bayi lahir dengan berat badan yang kurang
  4. Kelahiran bayi pramatang ( tidak cukup bulan )
BAGAIMANA CARA KURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL ?

1# Kurangkan Makanan Tinggi Sodium dan Makanan Segera

Penyebab utama tekanan darah tinggi ketika hamil adalah berpunca daripada makanan yang tinggi kandungan sodium natrium. Kebiasaannya makanan segera mengandungi sodium natrium yang tinggi. Maka, pastikan anda tidak mengambil makanan segara dengan lebih kerap.

2# Banyakkan Minum Jus Buah

Amalkan minuman berkhasiat ini pada setiap pagi dan malam. Pastikan buah tersebut segar dan kurangkan gula. Selain dapat mengawal tekanan darah tinggi ketika hamil, ianya juga kaya dengan vitamin. Bukan sahaja bagus untuk ibu yang hamil, malah jus buah juga bagus untuk bayi dalam kandungan.

3# Amalkan Sayur dan Ulam

Sayur dan ulam seperti tomato, daun sup dan batang saderi bagus diamalkan setiap hari ketika anda ingin menjamu selera. Ini kerana ia dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi ketika hamil.

4# Lakukan Senaman

Melakukan senaman ringan yang sesuai bagi ibu hamil secara teratur dapat mengurangkan tekanan darah tinggi semasa tempoh kehamilan atau semasa menunggu proses bersalin.

5# Lakukan Kerja Dengan Teratur

Keadaan kelam – kabut dan cemas boleh menyebabkan anda menjadi lebih tertekan. Pastikan tugas harian anda disiapkan dalam keadaan yang tenang.

Sekiranya anda tidak dapat membuat kerja tersebut sendirian, jangan pernah segan mohon bantuan orang yang terdekat. Jangan memaksa diri hingga menjejaskan kesihatan. Perasaan tertekan atau tekanan kerja akan membuat tekanan darah tinggi ketika hamil menjadi lebih merbahaya.

6# Ambil Supplemen Yang Selamat

Hakikatnya, apa yang kita makan hari ini mungkin tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan. Ia disebabkan oleh makanan kita yang banyak terdedah dengan pestisid, GMO dan sebagainya.  Badan kita memerlukan vitamin bagi menampung kekurangan vitamin dalam badan. Namun harus diingatkan, bukan sebarang vitamin kita boleh ambil. Pastikan ianya betul -betul semulajadi dan selamat untuk jangkamasa yang panjang.

Dengan itu, saya mencadangkan 2 produk vitamin daripada Shaklee iaitu Omega Guard dan Garlic Complex.

OMEGA GUARD

  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menghindar pembekuan darah dalam salur darah
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mencegah penyakit salur darah dan stroke
  • Mengawal tekanan darah normal
  • Meningkatkan IQ bayi dalam kandungan
  • Melahirkan anak pintar

GARLIC COMPLEX

  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi
  • Menurunkan  kolestrol
  • Antibiotik semulajadi
  • Menurunkan kelikatan darah
  • Mengurangkan pembekuan darah
  • Mengurangkan keputihan semasa hamil
APA KATA MEREKA YANG AMBIL OMEGA GUARD

Sayangi diri kita. Anda mampu mengubahnya 🙂

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Aimie di talian 013 2293413.

Untuk belian cepat semudah ABC, silakan klik ikon di bawah :

Aimie Suyat

SID 1161055

Wassap 013 2393413

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge