Tragedi Banjir Jun 2017 Di Hulu Langat

Assalamualaikum.

Allah datangkan ujian berupa banjir buat kami seluruh warga Hulu Langat pada 17 Jun 2017 hari Sabtu yang lepas. Bermula dengan hujan pada sebelah petang hampir 3 jam tanpa henti, air sungai mula dinaiki air hingga melimpah ke jalan raya. Akibatnya, banyak jalan yang tak boleh dilalui kerana air dalam dan deras.

Sebenarnya, masa petang hujan lebat tue KakMimie sibuk tidurkan anak-anak yang keletihan. Tanpa sedar. KakMimie terlelap sekali. Bila bangun dan tengok handphone, banyak whatsapp masuk berkenaan air mula naik dan keadaan mula membimbangkan.

Memang kebanyakan jalan terputus hubungan. Jalan alternatif lain pun semua dinaiki air. Mujur kami di rumah saja pada waktu itu, namun kasihan sungguh pada mereka yang dalam perjalanan pulang tetapi tersangkut sebab banjir.

Yang lebih menyayat hati, berlaku tragedi lemas kerana air deras di sekitar kawasan IKTBN Dusun Tua yang melibatkan nyawa seorang penunggang motosikal. Sungguh, sedih sangat rasa bila tengok video yang viral di dalam group Info Warga Hulu Langat. Innalillah, takziah buat keluarga beliau.

Ini bukanlah banjir terburuk yang pernah berlaku di Hulu Langat. Tetapi, ia tetap memberi kesan di hati penduduk lebih-lebih lagi berlaku dalam bulan Ramadhan dan hampir menjelang Syawal. Ada yang tenggelam seluruh rumahnya, ada yang musnah harta bendanya. ada ibu berpantang dan bayi kecil yang terpaksa meredah banjir untuk selamatkan diri.

Allahu Akbar, moga Allah kurniakan mereka dengan sebaik-baik ganjaran atas kesabaran dan ketabahan mereka menerima musibah ini. Moga ditingkatkan iman mereka dalam bulan penuh barakah ini !

Foto – Foto Berkaitan
Depan Maahad Tahfiz Az Zahrah

 

Orchard Santika Hulu Langat

 

Rumah Ayahanda Bonda kami di Kampung Jawa

 

Batu 18

 

Depan Masjid Dusun Tua

 

Berhampiran IKTBN Dusun Tua
Berita Berkaitan

1. Berita Harian

2. Sinar Harian

3. Harakah

4. Harian Metro

6 thoughts on “Tragedi Banjir Jun 2017 Di Hulu Langat

  • June 19, 2017 at 4:39 am
    Permalink

    Pernah alami banjir masa zaman kecik dulu, kiranya dah hampir 30 tahun lalu. Memang takut sebab dengan lipan2 pun keluar sekali.

    Tengok gambar banjir zaman sekarang ni macam lagi menakutkan sebab banyak yang meragut nyawa. Huhu. Semoga Allah lindungi kak mimie sekeluarga.
    Wazie recently posted…Set Darah Tinggi Ketika HamilMy Profile

    Reply
  • June 19, 2017 at 5:37 am
    Permalink

    Allahuakbar… siannya. Nak raya pulak ni

    Reply
  • June 19, 2017 at 8:10 am
    Permalink

    aduhhh.kesiannya yang jadi mangsa.semoga baik2 jak

    Reply
  • June 19, 2017 at 9:40 am
    Permalink

    Mencabar betul kan kalau kena banjir begini.harap bertabah

    Reply
  • June 19, 2017 at 2:56 pm
    Permalink

    Aduiii… semoaga semua selamat dan dipermudahkan..
    Dugaan menjelang hari raya… huhuhu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge