Jus Sihat Untuk Pesakit Darah Tinggi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk share resepi jus sihat untuk pesakit darah tinggi.

Seperti yang kita semua sedia maklum, darah tinggi atau hipertensi bahaya untuk kesihatan terutamanya bagi ibu yang sedang hamil.

Jadi, kena rajin check tekanan darah untuk pastikan ia dalam keadaan normal sentiasa.

Boleh rujuk carta di bawah untuk ketahui anda kategori yang mana tau.

Diet yang sihat penting untuk pesakit darah tinggi. Kurangkan makanan berminyak dan bergoreng, makanan yang banyak garam, process food dan sebagainya.

JUS EPAL DAN SADERI

KakMimie nak share satu resepi jus yang mudah dan sihat untuk pesakit darah tinggi. Yang dah hampir border line pun boleh cuba, tiada masalah.

Bahannya mudah, senang pula untuk dapatkan 🙂

Bahan :

3 batang saderi

1 biji epal hijau

Air sejuk 2 gelas

Caranya :

1. Basuh bersih saderi dan epal hijau kemudian potong kecil.

2. Masukkan ke dalam blender bersama air sejuk.

3. Blend bahan tersebut kemudian tapiskan. Yang suka rasa berserat, boleh minum terus tanpa ditapis !

Boleh amal selang sehari. Jus tanpa gula, sememangnya sihat untuk tubuh 🙂

Selamat mencuba, tak susah pun !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge