Welcome Lil Boy – Umar Zayn !

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga KakMimie dan family panjatkan ke hadrat Allah.

Detik 11.02 pm tanggal 28 Disember 2017 yang lepas, KakMimie selamat melahirkan anak ketiga – baby boy secara normal di Hospital Ampang 🙂

Cerita suka duka sakit perit KakMimie cerita next time lah ya, he..

Mengandungkan Umar, rasa penat dan mengah sikit berbanding yang dua sebelumnya. Tak pasti itu tanda jantina berbeza atau sedikit letih mengurus 2 anak yang lain.

Hari ini Umar Zayn sudah pun berusia 35 hari menjengah dunia. Seronok kakak2 dapat adik boy dan semestinya beri pengalaman baru buat KakMimie untuk urus anak lelaki.

Harapan kami sebagai ibu bapa tidak lain tidak bukan untuk lihat Umar Zayn membesar dengan soleh, taat kepada Allah dan Rasul dan bermanfaat buat ummah kelak !

 

Fresh from the oven ! Hihi.. Hilang semua rasa sakit bila tengok baby 🙂

 

Rambut saya lebat !

 

Dah selamat kena botak. Makin booolat !

 

Umar Zayn bin Mustaffa – 35 hari.

Doakan Umar jadi anak soleh, berbakti pada Ummi Abah ya 🙂

Terima kasih buat semua yang mendoakan sepanjang proses kelahiran & keluarga yang banyak membantu semasa tempoh berpantang.

– Ummi Anak Tiga, 01 Feb 2018 –

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge