Homestay Teres 2 Tingkat Cantik Di Bandar Mahkota Cheras

Assalamualaikum semua 🙂

KakMimie sebenarnya baru habis team building dengan group Shaklee di bawah organisasi upline kami – Kak Lin Chalo dan Zulaikha Ali.

Allah takdirkan 14 & 15 April kami akan bertemu. Tak sangka rumahnya cantik sangat. Bersih dan kemas. Macam doll house pun ada jugak !

REVIEW TENTANG ADELIA’S HOMESTAY

Homestay ini terletak di Bandar Mahkota Cheras, bahagian tengah rumah teres 2 tingkat.

Mula-mula masuk, mata dah tertancap pada warna cat di dinding. Tambah pulak ada 2 buah kerusi pink comel dan sofa putih di ruang tamu, sangatlah cantik gabungan warna tersebut tau.

Ruang tamu. Cantik kan ?
Ruang tamu – ada meja makan sebelah dapur

Rumah ini ada dapur yang sangat lengkap. Siap ada mesin basuh, fridge yang besar, microwave dan oven sedia build in. Dapur dia memang wow ! Kami yang mak-mak nie sangat teruja. Siap ambil gambar nak letak pada vision board ! Hihi ~

Cantik, kemas, bersih, canggih !
Teruja tau ! Takde wayar bersepah sebab semua build in.

Ruang atas ada 3 bilik. Satu master bedroom ada bilik air dalamnya. Dua lagi bilik berkongsi bilik air yang sama. Oh ya, satu lagi bilik air ada di dapur.

Tangga naik tingkat atas
Master Bedroom ( bilik 1 )
Bilik 2
Bilik 3
Bilik air master bedroom
Bilik air dalam bilik ( sharing )
Bilik air dapur

Ruang tv di tingkat atas juga, tapi takde siapa pun yang on tv. Seronok benar berjumpa dengan kawan-kawan gamaknya. Siap tidur lewat dok tempek dan test skincare Shaklee terbaik – semestinya YOUTH 🙂

YOUTH Shaklee

Kami yang menginap terdiri daripada 9 orang dan 3 baby. Kebetulan satu bilik ( master bedroom ) kami mak yang ada anak kecik conquer, heheh. Nanti anak menangis tengah malam, tidaklah mengganggu orang. Mak-mak nie je yang faham, takpe.

KakMimie agak familiar juga dengan kawasan Bandar Mahkota Cheras nie. Berdekatan homestay ini ada Aeon Bandar Mahkota Cheras, Nando’s, poliklinik dan kedai macam-macam lagi.

Pagar rumah nie automatik, tekan-tekan gitu untuk buka dan tutup. Kalau hujan, tidaklah kebasahan nak membuka pintu pagar ! Heh ~

Ruang luar

Kalau ada yang berminat untuk tempah dan menginap di homestay ini boleh klik link di bawah ya 🙂

www.airbnb.com.my/c/aimies40

Silakan sign up account. Kemudian boleh search Adelia’s Homestay Bandar Mahkota Cheras.

Sesuai untuk staycation relax bersama keluarga. Buat team building dalam rumah. Nak rasa duduk dalam rumah yang cantik dan simple, tapi memukau hati.

Team Building SID PRO
Gebang – gebang YOUTH

Sekian saja review tentang homestay yang kiut miut ini. Mana tahu, bermanfaat buat awak yang baca kan ? 🙂

Aimie Suyat – 10.10pm / 15 April 2018

2 thoughts on “Homestay Teres 2 Tingkat Cantik Di Bandar Mahkota Cheras

  • 15/04/2018 at 2:39 PM
    Permalink

    Memang comeeel cantik sangat rumah ni. Geram tau. Rasa taknak balik. Nak print out gambar masuk vb. Huhhu

    Reply
    • 16/04/2018 at 5:15 PM
      Permalink

      Berbaloi sangat. Next time boleh kumpul2 lagi 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge