Team Building Penuh Inspirasi ( I AM B.O.S )

Syukur Alhamdulillah.

Syukur yang tak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah. KakMimie diberi peluang untuk berada dalam group support yang sangat hebat dan sangat memberi inspirasi kepada kami. Seronok dan teruja tak habis lagi walaupun dah balik dari team building dan dah mula kerja pun. Hihi ~

Rasa teruja tersebut kami sambung ke group wassap pulak, Masya Allah ! 🙂 Punya lah semangat berkobar – kobar lepas pengisian team building tersebut. Facebook pun meriah dapat like & comment membina dari semua. Dushhh, rindu dah !

Team building kami cuma 2 hari 1 malam, bertempat di homestay cantik persis doll house di Cheras 🙂 Walaupun kejap, pengisian-pengisian tersebut saaangatlah best. Sebab ia interaksi 2 hala, bukan upline dan mentor saja yang bercakap. Best tau 🙂

Team Building – I Am B.O.S

I Am B.O.S

Team Building yang sarat dengan ilmu dan emosi.

Mentor mahukan kami fokus dan bersungguh membangunkan bisnes sendiri. Bukan sebab upline, bukan sebab kena suruh. Tapi sebab kami bertanggung jawab atas bisnes sendiri.

I Am B.O.S ( Business Owner Shaklee ). Yes, I Am B.O.S ! 🙂

SLOT PERTAMA

Kami bersembilan taaruf sesama sendiri. Ada yang datang dari Puchong, Shah Alam, Semenyih, dan Muar Johor. KakMimie kebetulan dekat je, datang dari Hulu Langat. Bila buka cerita tentang bila kali pertama jumpa dan kenal Shaklee, seronok dan terharu dibuatnya.

Ada sahabat yang kenal Shaklee sebab mak tak sihat, ada juga sebab ambil set penyusuan, tak kurang juga join nak berbisnes Shaklee sebab nampak posting FB upline meriah dan macam best je nak jadikan Shaklee sebagai sumber untuk jana pendapatan.

Team Building I Am B.O.S

SLOT KEDUA

Ini slot paling syahdu dan buat hampir semua orang bergenang air mata. Bila kami diminta untuk bercerita tentang BIG WHY dalam membesarkan empayar Shaklee, banyak kisah meruntun jiwa yang KakMimie dengar.

Bagi KakMimie, Big Why buat Shaklee ini sebab anak-anak, suami, keluarga dan diri sendiri. Eh, nanti kita sembang tentang Bg Why nie, nanti panjang sangat pulak. Hehe ~

Tapi sebab Big Why inilah buat kita rasa kuat dan paksa diri untuk lakukan yang terbaik dan bersungguh. Bukan buat sambil lewa sebab rasa dah selesa. Yang jujurnya, tak selesa pun dengan kehidupan yang sekarang ini. Kena cari jalan keluar 🙂

Together We Achieve Our Dreams

SLOT KETIGA

Slot ini tentang bisnes kami – apa KPI ( Key Performance Indicator ) yang kami perlu capai sepanjang cycle 2018/2019 ini. Upline dan mentor cuma guide, tapi kami sendiri yang tentukan KPI apa yang kami nak capai ikut bulan dan sepanjang cycle tahunan.

Bila dah ada KPI, tentunya perlu ada tindakan yang kena dilakukan. Macam KakMimie, suka tulis dan tampal. Perincikan lagi apa yang kita perlu buat setiap hari. Ini bisnes kita, kita yang bertanggung jawab ke atasnya. Tak gitu ? 🙂

Sempat gebang YOUTH

SLOT KEEMPAT

Slot ini berlangsung pada pagi Ahad sebelum kami check out. Sebelum tue kami manfaatkan masa bersama untuk bergambar di seluruh pelusuk rumah yang cantik ini.

Slot terakhir ini, kami diberi peluang untuk bentang nama group dan tagline masing-masing. Makanya, macam-macam lah idea yang keluar.

Master To Be 🙂

Untuk group KakMimie diberi nama AiFa Empire – gabungan nama KakMimie dan suami ( Aimie & Mustaffa ). Bukan saja suka letak nama gabung macam anak remaja belasan tahun, tetapi penghargaan buat suami yang banyak support, bantu dan yang penting izinkan KakMimie menjadi sebahagian daripada Shaklee Family 🙂

Nak jadi sebahagian daripada ahli keluarga AiFa Empire ?

Jom klik SINI , nanti KakMimie akan guide satu-satu sampai kita semua berjaya capai impian !

 

Founder of AiFa Empire

Together achieve our dreams 🙂

Aimie Suyat / 013 2293413  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge