Aktiviti Kraftangan Mudah Untuk Anak – Anak

Alhamdulillah, hari Sabtu adalah hari Ko Kurikulum di sekolah KakMimie. Guru – guru datang bertugas mengikut giliran.

KakMimie menggantikan guru yang tak dapat hadir sebab ada kelas part time di Kolej Darul Hikmah. Kebetulan suami juga ada urusan di sekolah, makanya terpaksa angkut tiga anak sekali pergi sekolah 🙂

Umar happy sebab jumpa ramai kakak !
Dayang- dayang Umar Zayn, hihi..

Mujur ada anak- anak murid yang saaangat baik dan rajin membantu guru-guru, jadi anak-anak ini seronok lah bermain. KakMimie siap bekalkan foam sticker dan board untuk tampal-tampal sticker bagi leka sikit.

Kakak Azra punya
Tak cukup tampal pada board, satu badan ditampal sticker.

Bawa anak tiga orang sambil mengajar hampir 40 orang sekaligus, mungkin boleh jadi stress. Haha ~ KakMimie dah telan siap-siap Vitamin C, B Complex dan Vitalea. Moga tenang saja emosi sepanjang kendalikan aktiviti !

Ada tangan kecik menyibuk !

Aktiviti Kraftangan

Semalam ingat nak buat projek bunga rosette, tapi penyediaan bahan tak berapa cukup. Jadinya, buat sesuatu yang simple dan mudah hari ini – buat bookmark ! 🙂

Walaupun simple, KakMimie bagi modul yang payah sikit untuk asah skill dan pupuk tahap sabar. Kena belajar untuk selesaikan masalah dan jadi kreatif. Menarik gitu !

Saja KakMimie minta anak-anak pelajar buat untuk sekolah dalam 20 pieces. Mungkin hasil ini boleh dijadikan cenderahati kepada tetamu yang datang ziarah sekolah. Tapi harus lah kena tapis dulu, hihi 🙂

Masa yang berbaki, KakMimie beri peluang untuk customised masing-masing punya ikut kreativiti sendiri. Semangat semuanya – ada yang buat untuk ibu, kawan, tak kurang juga untuk diri sendiri.

Bahan Yang Diperlukan

Simple saja dan mudah dapat bahannya kalau cari di kedai buku & alat tulis.

  • Kertas keras – KakMimie guna Baffalo Fancy Card.
  • Pembalut hadiah / kain perca
  • Riben
  • Gam
  • Gunting
  • Pisau
  • Pen pelbagai warna ( jika perlu )

Cara-cara nak buatnya KakMimie ambil ilham dari sebuah blog nie ( Klik Sini ). Namun diubah sedikit ikut bahan yang ada.

Tadaaaa, ini hasilnya 🙂

One thought on “Aktiviti Kraftangan Mudah Untuk Anak – Anak

  • 22/04/2018 at 3:26 AM
    Permalink

    cikgunye pun sgt kreatif. Anak murid pun ikut kreatif ☺️

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge