Resepi Ayam Bakar Lazat Dan Berkhasiat Untuk Anak-Anak Yang Cerewet Makan Sayur

Alhamdulillah, entri kali ini KakMimie nak share sedikit resepi ayam bakar yang mudah dan berkhasiat untuk anak-anak yang tak makan sayur. Dalam erti kata lain, nampak sayur atas pinggan terus tolak taknak makan.

Resepi ini terhasil sebab anak-anak KakMimie agak memilih juga bila makan sayur. Setakat ini sayur yang tidak ditolak adalah brokoli, kobis bunga, dan bayam. Selain daripada itu, payah sikit nak lepas di tekak anak-anak. Jadi, mak lah kena kreatif dan cari trick supaya anak dapat khasiat daripada pelbagai sumber sayuran.

Bahan – bahannya :

  • 1/2 ekor ayam dipotong 2
  • 1 labu bawang putih
  • 1 biji bawang merah besar
  • 1 sudu besar biji lada hitam
  • 1 batang carrot
  • 2 batang saderi
  • 1 biji tomato
  • 1 biji lada benggala ( option )
  • 1 inci halia
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1/2 cawan susu segar
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara -caranya :

  1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan biji lada hitam dengan sedikit minyak. KakMimie guna minyak zaitun 2 sudu. Bebawang tersebut KakMimie potong kasar je sebab nanti nak blend.
  2. Masukkan tomato, carrot, batang saderi, lada benggala ke dalam tumisan tadi. Sayuran tersebut dipotong terlebih dahulu.
  3. Kacau hingga layu semuanya. Tambah susu sedikit demi sedikit.
  4. Bila sayuran sudah agak lembut, masukkan 2 sudu tepung gandum dan kacau sebati. Perasakan dengan gula dan garam.
  5. Tutup api dan biar sejuk sebentar. Kemudian boleh blend kesemuanya tadi hingga menjadi seperti puri.
  6. Lumur ayam dengan pes puri tersebut. Perap dalam 15 minit hingga 30 minit.
  7. Bakar di dalam oven selama 40 minit dengan suhu 180 cĀ°. Kalau bakar guna pemanggang ajaib pun boleh šŸ™‚
Saja lumur dengan plain yogurt šŸ™‚
Hampir masak. Tambah carrot potong dan tomato.

Ini antara trick KakMimie supaya anak dapat juga khasiat sayur-sayuran yang pelbagai. Pes tadi boleh juga disimpan dalam bekas kecil – kecil dan difrozenkan. Lain kali nak guna, tinggal defrost sahaja. Mudah kerja mak – mak !

Semoga resepi ini bermanfaat buat semua ibu yang membacanya. Menjadi lubuk pahala bagi ibu yang sentiasa pilih untuk masak dengan penuh kasih sayang. Diiringi selawat dan zikir yang tak pernah lekang di bibir untuk membangunkan jiwa anak-anak yang fitrahnya suci dan bersih.

Selamat mencuba ya ! šŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge