6 Tips Mudah Atasi Ruam Bayi

Assalamualaikum ๐Ÿ™‚

Hari ini KakMimie nak share sesuatu yang berkenaan dengan baby – iaitu ruam yang kerap dan mudah terjadi kepada bayi.

Sebagai ibu kalau boleh kita mahukan anak-anak sentiasa dalam keadaan sihat dan perjalanan kehidupan mereka lancar dan smooth gitu. Namun, ia tidak semudah dalam fikiran dan perkiraan kita. Jadi, setiap cabaran dan ujian yang datang kita sentiasa kena bersedia dan redha ๐Ÿ™‚

Bagaimana Ruam Boleh Terjadi ?

Bermula sejak awal fasa kelahiran bayi, terdapat pelbagai gangguan masalah pada kulit mereka. Ada yang serius dan ada juga dianggap sebagai perkara biasa yang tidak memerlukan rawatan yang begitu rapi.

Ruam pada bayi merupakan perkara yang biasa berlaku kepada bayi atas beberapa faktor. Antaranya ;

  • Cuaca di Malaysia yang panas – lembab.
  • Persekitaran yang panas dan merimaskan.

Ruam ini hadir dengan tanda serangan bintik-bintik merah terang di sekitar leher, bawahย ketiak, celah peha, lipatan siku dan lipatan kaki. Kehadiran ruam menyebabkan kerengsaan, pedih dan kegatalan kepada bayi.

Cara Mudah Atasi Ruam

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ruam pada bayi. Antaranya ialah ;

1# Elakkan persekitaran yang panas dan lembap.

Persekitaran ini tidak sesuai untuk bayi yang sensitif kulitnya. Pasangkan kipas atau aircond agar udaranya sejuk.

2# Pakaikan baju daripada material yang mudah menyerap peluh.

Material yang sesuai untuk bayi adalah kapas ( cotton ). Ia sejuk dan menyerap peluh jika cuaca panas. KakMimie suka juga pakaikan baju lubang-lubang ( eyelet ) pada anak ketika cuaca panas. Biar angin lalu gitu ๐Ÿ™‚

3# Pastikan kulit bayi sentiasa bersih.

Kulit yang bersih memberikan rasa yang tenang dan nyaman. Tidak perlu mandi kerap pun, cukup sekadar lap badan anak menggunakan tuala kecil yang dibasahkan. Lap sekitar leher, ketiak dan pelipat.

4# Pastikan bayi tidak menggaru pada kulit yang ruam.

Perbuatan menggaru boleh mengakibatkan luka dan jangkitan. Jika tidak diberi perhatian, bimbang ruam semakin melarat dan menjadi masalah kulit yang lebih teruk pula.

5# Lap muka bayi dengan tuala lembab sejurus selepas menyusu.

Ramai ibu yang kurang alert perkara ini hingga pipi anak naik kemerahan dan menjadi gatal. Pastikan lap dengan betul hingga ke leher dan bahagian cuping telinga kerana kebiasaannya susu meleleh hingga ke bahagian tersebut.

6# Sapukan losyen atau krim pelembap pada kulit bayi.

Sapuan krim atau losyen mampu melembapkan kulit dan memberi ketenangan kepada bagi. Namun harus diingatkan kepada para ibu untuk memilih krim atau losyen yang selamat untuk anak.

KakMimie suka gunakan Krim Herbal Blend sebagai losyen luaran untuk anak-anak. Boleh sapu di seluruh badan termasuk bahagian sulit jika ada ruam lampin. Baunya wangi dan menyamankan. Yang penting bebas kimia merbahaya dan bebas paraben ! ๐Ÿ™‚

Baca juga Cara atasi Eczema dengan selamat.

Apa Kandungan Herbal Blend Shaklee ?

Antara kandungan bahan dalam krim Herbal Blend ini adalah seperti berikut ;

  1. Daun Rosemary – ia merupakan musuh bagi serangga terutamanya pada nyamuk. Serangga tidak suka pada baunya.
  2. Horse Chestnut Seed – melegakan alergi pada kulit seperti eczema.
  3. Chamomilla Recutita – untuk kulit yang sensitif. Ia melegakan keradangan kulit, mengurangkan kemerahan dan menenangkan.
  4. Daun sage – merawat masalah jangkitan pada kulit akibat gigitan serangga.
  5. Yarrow – melegakan selsema dan demam serta menyembuhkan luka.

Testimoni

Jom kita lihat apa yang mereka katakan tentang krim Herbal Blend ini ๐Ÿ™‚

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi Puan Aimie di talian 013 2293413.

Aimie Suyat

ID 1161055

013 2293413

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge