10 Idea Sarapan Mudah, Ringkas, Dan Berkhasiat

Assalamualaikum semua 🙂

Semua orang maklum bahawa sarapan adalah penting untuk kita mulakan hari dengan penuh cergas dan bertenaga. Pengambilan sarapan yang sihat berkhasiat tentunya membantu tubuh mendapat nutrisi yang baik dan lengkap.

Kenapa Sarapan Penting ?

  • Dapat memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan.
  • Meningkatkan metabolisme – bantu turunkan berat badan.
  • Meningkatkan kemampuan dan kecerdasan otak.

Mungkin ada juga yang seperti KakMimie, bangun seawal 5 pagi untuk menyiapkan urusan rumah tangga, anak-anak dan suami sebelum bergerak ke tempat kerja. Kadang sarapan sudah disediakan, tapi tak lalu pula tekak nak makan.

KakMimie start Eat Clean semasa dalam tempoh berpantang anak ketiga. Alang-alang makan masakan kukus, rebus, panggang dan bakar, KakMimie tekad untuk teruskan hingga ke hari ini. Ngelat tue ada juga, iman tak kuat ! Hihi 🙂

Di sini KakMimie suka nak kongsikan idea menu untuk sarapan pagi. Iya lah, ibu bekerja kadang tak sempat nak sediakan sarapan renyah. Tapi kannn, less is more tau ! Yang simple dimple itu lebih sihat berkhasiat 🙂

Di bawah ini KakMimie tepek idea bergambar sarapan berkhasiat yang KakMimie ambil dalam tempoh Eat Clean. Jom, check it out !

Idea Sarapan Mudah, Ringkas, Berkhasiat

Roti telur + salad. Pecahkan telur atas kuali then tekap roti. Senang je 🙂

KakMimie memang guna roti wholemeal je sekarang. Dulu terkulat-kulat nak telan, sekarang Alhamdulillah okay je lalu di tekak nie.

Pilihan KakMimie roti Gardenia lah, mudah nak dapat ! 🙂

Roti wholemeal + telur salad. Telur tue goreng atas kuali non stick. Boleh juga goreng dengan sesudu kecil minyak.
Overnight Oats. Masukkan rolled oats dalam 5 sudu + low fat milk sampai oats tenggelam + mangga dipotong kecil. Yummeyhh, sedap tau !

Overnight oats nie boleh adjust ikut apa yang kita suka. Tapi KakMimie dalam tempoh Eat Clean, paling selamat guna buah segar – real fruit. Nak guna buah kering, takut gula tinggi pula.

Overnight oats juga. Rolled oats + low fat milk + potongan buah naga & pisang.
Roti wholemeal + pisang + organic peanut butter.

Pastikan organic peanut butter ya, harganya memang mahal sikit area RM 19 – RM 25 sebotol. Tapi tiap kali makan guna 1 sudu kecil je, jimat banyak 🙂

Paling suka nie ! Protein soya ESP + low fat milk + kurma + rolled oats. Blend dengan ferrano blender laju2, hihi 🙂

Ibu menyusu macam KakMimie nie memang best consume ESP. Selain jadi milkbooster, ESP tahan kenyang lebih lama tau.

Roti wholemeal + scrambled egg with tomato + salad + tomato cherry.
Scrambled egg with tomato & daun ketumbar + Greek yogurt plain.
ESP + oats + chia seeds + serbuk koko

Eh, memang hot ESP nie ! Lagipun glisemik index rendah – 39 je 🙂

Roti wholemeal + telur hancur + tomato + salad

Okay, setakat ini dulu yang KakMimie boleh share.

Kunci Eat Clean ;

  • Makan real food, bukan makanan proses.
  • Kurangkan gula, garam, dan minyak.
  • Tukar cara masak – kukus, grill, panggang 🙂
  • Jaga portion makan – suku suku separuh.
  • Tinggalkan air manis, jajan dan manisan.

Semoga bermanfaat buat yang membaca ya ! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge