3 Tips Penting Pilih Baju Raya Kanak – Kanak

Bila Ramadhan sudah hampir menjengah, bermakna Syawal juga bakal tiba. Eh, belum puasa dah sibuk nak raya ke ? 🙂

Masing-masing punya idea dan pendapat sendiri. Ada yang rasa awal sangat nak buat persiapan Syawal sebab Ramadhan pun belum sampai lagi. Ada yang fikir kena buat persiapan awal sebab nak fokus pada ibadah pada bulan Ramadhan nanti.

KakMimie suka memilih untuk buat persediaan dan persiapan awal. Bila ada anak kecil 3 orang ini, rasanya tidak terdaya mahu mencelah dan bersesak mencari baju raya nanti.

Biasanya untuk baju, KakMimie beli atau tempah sahaja. Kadang rasa lebih berbaloi untuk beli siap sebab KakMimie tak pandai menjahit. Anak-anak pun cepat membesar dan meninggi, biasanya baju raya tersebut dipakai tidak lama pun. Ikutlah selera masing-masing, ye tak ? 🙂

Tips Penting Pilih Baju Raya Kanak – Kanak

1# Pilih material kain yang sesuai

Kanak-kanak merupakan golongan yang sangat gembira menyambut hari raya. Bagi ibu ayah pula, tak sabar rasanya nak lihat anak-anak kelihatan segak dan cantik di pagi raya.

Selesa bila berlari dan bermain bersama saudara mara

Untuk mengekalkan keselesaan anak-anak, pilihlah pakaian yang diperbuat daripada kapas ( cotton ) yang menyerap peluh. Aktiviti ziarah ke rumah saudara mara tentu berjalan lancar bila mood anak-anak baik kerana mereka rasa selesa dengan apa yang dipakai 🙂

2# Pilih yang ringkas dan memudahkan pergerakan

Selalu kita lihat, fesyen baju anak perempuan lebih meriah berbanding anak lelaki. Fesyen mereka seperti orang dewasa.

Bagi ibu ayah yang miliki anak yang aktif, mungkin lebih sesuai untuk menyediakan pakaian raya yang ringkas tetapi tetap nampak cantik.

Elakkan kain yang bukaannya sempit hingga sukar untuk duduk dan melangkah, tangan baju yang besar – ambil makanan termasuk hujung baju dalam hidangan rendang. Ouch ! Dan lain-lain kesukaran lagi.

Pastikan saiznya sesuai dengan anak-anak. Tidak terlalu kecil dan terlalu besar tau 🙂

Baby KakMimie – Umar Zayn belum pandai jalan. Beli baju melayu romper je sebab tak perlu pening baju dan sampin lari dari kedudukan. Kemas gitu sebab dah dijahit sekali 🙂

3# Pilih warna yang terang dan ceria

Ya, anak-anak pasti kelihatan comel dan cantik dengan warna pakaian yang ceria. Selain itu warna yang terang kurang memerangkap haba berbanding warna gelap seperti hitam.

Warna yang dicadangkan seperti merah jambu, ungu, biru muda, hijau dan sebagainya.

Tidak menjadi masalah jika perlu sedondon dengan ibu ayah, namun berbaliklah kepada point nombor satu di atas iatu pemilihan material atau fabrik yang bersesuaian 🙂

Akhir kata, secantik mana pun baju anak-anak kita di pagi lebaran namun ia kurang bermakna jika anak sakit dan tidak sihat pada hari gembira tersebut.

Boleh baca di sini → Tips Tingkatkan Sistem Tubuh Anak sebagai ikhtiar kesungguhan ibu ayah 🙂

Moga bermanfaat !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge