Resepi Kuah Yong Tau Foo Versi Mudah Dan Sedap

Bismillah.

Hari ini KakMimie nak share resepi kuah yong tau foo yang simple dan sedap. Al maklum, nak beli yong tau foo di pasar sekarang pun boleh tahan harganya. Kadang tak puas nak makan.

Lagi pun, jika kita sediakan sendiri sudah tentu kita yakin dengan tahap kebersihan dan ramuan yang digunakan. Tambahan pula, boleh sediakan ikut citarasa kita sendiri kann ? 🙂

Hidangan di atas pernah kami jadikan menu lunch – makan untuk 8 hingga 10 orang.
Tapi sampai ke petang boleh ulang makan lagi. Puas buat sendiri.

Bahan isinya, boleh ikut bajet poket sendiri. Terpulang nak guna bahan isi apa.

KakMimie lebihkan sayur, rebus telur dan kukus tauhu. Yang gulung- gulung putih macam laksam ( tak tahu nama ) kami ganti dengan kue teow saja. Tak kuasa nak buat, tak rajin. Hihi 🙂

Resepi Kuah Yong Tau Foo

Bahan :

Cili kering kisar / Cili boh
Gula melaka
Gula merah / gula perang
3 cm belacan ( bakar )
Kicap manis
1 1/2 sudu tepung jagung ( bancuh dengan sedikit air )
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Bijan goreng

Caranya :

1. Tumis cili boh / cili kisar dengan sedikit minyak. Masukkan belacan bakar, tumis hingga belacan hancur sebati.

2. Masukkan gula melaka dan masukkan air dalam 3 cawan. Biarkan gula melaka cair dan mendidih. Masukkan kicap sikit – untuk warna kuah gelap sikit.

3. Kecilkan api. Masukkan bancuhan tepung jagung, agak-agak untuk kelikatannya.

4. Perasakan dengan gula merah / gula perang dan garam.

5. Bila rasa dah okay. Tutup api & tabur bijan goreng 🙂

Nota : Tambah sos ikan pun sedap, tambah power !

Selamat mencuba ya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge