Kenapa Kita Perlu Makan Supplemen ?

Seperti yang kita sedia maklum, kesihatan adalah anugerah yang terindah buat manusia yang dikurniakan oleh Allah. Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Mereka yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat.

KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLEMEN ?

1# Kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan.

Realitinya, kita hidup di kelilingi pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan kita. Paling banyak dan jelas adalah asap kenderaan yang tak mampu kita nak elak setiap hari melainkan kita duduk di ceruk kampung penuh kehijauan sambil menghirup udara segar.

Tetapi atas desakan hidup, kita perlu keluar bekerja dan mendepani pencemaran udara ini. Bukan setakat asap kenderaan, malah asap rokok juga boleh menjejaskan kesihatan kita walaupun bukan kita yang merokok !

Sadis sungguh..

2# Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.

Hakikatnya juga, sumber makanan kita semakin hilang nutriennya. Ayam disuntik kerana mahu besar cepat dan boleh dijual segera untuk menampung permintaan. Ayam merupakan sumber protein jauh lebih murah harganya berbanding ikan. Namun, adakah kita benar-benar yakin kita mendapat nutrisi sepenuhnya daripada sumber tersebut ?

3# Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.

Kita rasa teruja bila lihat buah dan sayur harganya murah tetapi nampak segar cantik gitu. Namun adakah kita tahu dan ambil tahu tentang penggunaan pestisid pada tumbuhan ini ?

Kita juga berbangga, hasil tuaian dapat lebih daripada biasa kerana menggunakan teknologi sekian. Akan tetapi kita mungkin lupa bahawa tanah juga memerlukan masa untuk mengembalikan nutrien yang hilang apabila tumbuhan membesar.

Dan ada baaaanyak lagi sebab yang lain kenapa kita perlu kepada supplemen. Kita sangka pemakanan kita sudah cukup sihat dan terjaga, tetapi sebenarnya belum lagi.

Kesimpulannya, vitamin dan supplemen bukan lagi PILIHAN, tetapi KEPERLUAN untuk tubuh badan kita. Untuk keperluan nutrisi tubuh badan supaya dapat menjalankan fungsinya dengan baik dan lancar. Jika sistem tubuh tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik, bersedialah untuk diserang penyakit. Mohon dijauhkan !

Pilihlah supplemen yang selamat dan berkesan untuk tubuh badan kita. Selamat untuk jangka masa panjang dan pastinya tidak merosakkan sel tubuh kita 🙂

Boleh baca di sini Kenapa Saya Pilih Shaklee untuk tambahkan maklumat dan keyakinan terhadap produk Shaklee yang mementingkan kesihatan.

Untuk pertanyaan dan tempahan produk boleh hubungi Aimie Suyat di talian 013 2293413 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge