Free Market Santika 1.0 Beri Manfaat Kepada Masyarakat

Assalamualaikum.

Demi menjaga kehijauan bumi kita nan tercinta, amalan recycle sangat-sangatlah dituntut. Bukan setakat recycle tin, botol, plastik saja tau. Barang- barang kepunyaan kita yang kita sudah tak mahu tetapi condition masih baik, boleh disalurkan kepada yang memerlukan.

Alhamdulillah, Team Santika Family telah berjaya menjalankan program FREE MARKET Santika Hulu Langat 1.0 pada hari ini ( 5 April 2018 – Sabtu ). Bermula 10 pagi hingga jam 5 petang.

Program yang adhoc, rancang tak berapa nak lama pun akhirnya berjalan dengan lancar diketuai Kakak Sulung Otai – Nadia Suyat bersama tulang belakang yang kuat yang sentiasa support terdiri daripada family members kami 🙂

Barangan preloved ( terpakai ) tersebut terdiri daripada baju kurung, jubah, pakaian kanak-kanak, hiasan rumah, cadar sarung bantal, telekung, permainan, kasut dan bermacam jenis lagi.

Dah namanya pun Free Market, jadi semua barang boleh diambil secara PERCUMA ! 🙂

Kondisi barangan masih baik dan ada yang hanya dipakai sekali dua. Kami sorting mengikut jenis dan check kualiti juga ya. Bukan main lambak saja dengan pakaian yang serupa boleh jadi kain buruk.

APA MANFAAT FREE MARKET INI ?

  • Membantu yang memerlukan. Bukan semua orang mampu membeli pakaian baru.
  • Menjalin ukhuwah sesama masyarakat. Bertegur sapa dan berkenal-kenalan.
  • Ihsan kepada orang lain – ambil apa yang kita perlu sahaja.
  • Didik anak-anak untuk melepaskan barang yang disayangi.
  • Hilangkan stress sebab barang yang kita tak perlukan sudah dibawa keluar dari rumah 🙂
  • Hijaukan bumi kita. Ada barang yang kita rasa tak perlu, tapi ada orang lain yang lebih memerlukannya !

Jadi, jangan terus buang barang-barang yang kondisinya masih elok ya. Salurkan kepada mereka yang memerlukan supaya kita semua mendapat manfaat 🙂

Penganjur.
Antara orang kuat !
Terima kasih datang ! 🙂
Beratur beli aiskrim !
Dah kepanasan masing-masing.

Oh ya, event ini di buat di Dewan Santika Hulu Langat. Sesuai untuk bermacam jenis majlis tak kira kecil atau besar.

Nak tahu lebih lanjut, boleh klik Santika Hulu Langat 🙂

Okay, itu saja setakat ini. Thanks sudi baca sampai habis !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge