Aktiviti DIY Dam Ular Versi P&P Bahasa Arab

Bismillah. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Hari ini 8 Mei 2018 merupakan hari terakhir sekolah sebelum bercuti sempena menyambut Ramadhan Al Mubarak dan juga cuti sempena Pilihan Raya Umum ( PRU kali ke 14 ).

Pelajar-pelajar dah seronok nak balik, jadi untuk P&P Diniyyah hari ini saya tidaklah mengajar subjek berat-berat. Dua kelas hari ini saya isi dengan games sambil belajar. Pelajar seronok, ustazah pun happy tau ! 🙂

Aktiviti ini kami dah rancang lebih kurang 2 minggu yang lalu. Saya minta pelajar study dan keluarkan idea macam mana nak buat soalan, buat permainan nampak menarik dan macam-macam lagi.

Hari ini pelajar Tingkatan 4 ( Mustawa Rabi’ ) dapat laksanakan aktiviti main dam ular versi Bahasa Arab ini dengan jayanya. So proud of you ! 🙂

DIY DAM ULAR VERSI BAHASA ARAB

Saya hanya menyediakan kertas mahjong untuk setiap kumpulan. Peralatan yang lain pelajar sediakan sendiri. Saya mahu latih pelajar untuk jana idea dan berkarya mengikut perbincangan dengan kumpulan masing-masing.

Oh ya, dadu pun buat sendiri. Saya hanya print template dadu kemudian pelajar tampal atas kertas yang agak tebal kemudian gunting dan gam. Siap dah !

Untuk tambah mencabar, saya minta setiap kumpulan sediakan 10 soalan umum dan berkaitan dengan tajuk yang mereka sudah belajar dalam Bahasa Arab. Soalan tersebut ditulis di dalam ‘board’ game tersebut.

Sambil main, kecewa kena makan dek ular, gembira dapat naik tangga, kita selit dengan soalan ilmiah yang perlu pemain jawab semasa permainan berlangsung. Teruja sungguh masing-masing, macam-macam gaya keluar bila kena jawab soalan. Hihi 🙂

Terima kasih kepada semua pelajar Mustawa Rabi’ kerana memberikan komitmen yang baik. Bersungguh, komited dan aktif dalam penglibatan ini 🙂

Aqilah, Anis Sofia, Fatihah, Amanina, Nabilah, Izzah, Sharmine, Hania, Aisyah, Amni, Zahirah, Afiqah, Nurin Syuhada’ dan pelajar M4 yang lain, terima kasih. Antunna hebat ! 🙂

Semoga Allah permudahkan urusan belajar kalian, diberi kefahaman dan kecerdasan akal untuk memahami dan mendalami ilmuNya.

Ustazah sentiasa doakan antunna 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge