Pengalaman Mengundi : Kali Kedua Pada Pilihan Raya Umum Ke 14 Tahun 2018

Bismillah.

Hari ini 9 Mei 2018 merupakan hari bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia kerana semua akan turun membuang undi di tempat masing-masing.

Alhamdulillah, ini kali kedua saya mengundi. Pertama kali pada tahun 2013 yang lepas, masih bujang dan menunggu hari untuk menikah. PRU 14 kali ini saya sudah pun ada 3 orang anak. Heh, cepat sungguh masa berlalu tau ! 🙂

PRU 14 kali ini menyaksikan persaingan sengit antara Barisan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia,  Pakatan Harapan dan beberapa calon bebas yang lain. Kebanyakan tempat bertanding 3 penjuru – BN, PAS, dan PKR.

Saya sudah selamat menjalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin. Keluar rumah seawal 8.00 pagi sementara Encik Suami menjaga 3 orang anak di rumah. Beliau mengundi di Serdang, jadi kena bergilir lah 🙂

Sampai di tempat pembuangan undi di Sekolah Rendah Agama Batu 18, sudah ramai yang beratur. Masing-masing keluar mengundi awal ya. Lepas check nama di kaunter SPR, terus saya beratur di barisan saluran 2. Tak bawa baby, kalau tak mungkin dapat fast lane. Hihi. ~

Mak Abah komited bertugas. Moga Allah nilai semua usaha ini ! 🙂
Pelik tengok jari Ummi kaler lain. Banyak soalan depa tanya.

Anak-anak ajak keluar jalan naik kereta, tetapi cuaca di luar boleh tahan panas bahang. Untuk melengahkan waktu, Ummi izin untuk sepah mainan sementara buat mango shake + Performance Drink + ESP + low fat milk. Sedap pekat likat melekat ! 🙂

Pondok panas PAS

Nak sangat keluar, akhirnya kami lepak di pondok panas ini. Memang hangat sungguh, tapi anak-anak seronok pulak main dan makan-makan. Bila masing-masing dah mula merengek, saya terus bawa anak-anak masuk kereta. On aircond, terus susukan Umar. Bila selesai, terus pulang ke rumah !

Penat kibar bendera ke, Umar ? 🙂

Okay, malam ini kita tunggu keputusan PRU 14 ya. Apa pun keputusannya, gerak kerja dakwah tetap perlu diteruskan untuk lihat Islam subur dan didaulatkan di bumi Malaysia ini 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge