Istimewa Buat Suami : Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Kita

Syukur Alhamdulillah. Genap 5 tahun bergelar isteri kepada Tuan Suami – Mustaffa bin Nor. Kami menikah di Dewan Santika selepas Isyak di Dewan Santika Hulu Langat tanggal 10 Mei 2013 🙂

  • Nikah – 10 Mei 2013.
  • Majlis Resepsi – 11 Mei 2013.
  • Lahir Maryam Azra – 12 Januari 2014.
  • Lahir Aisyah Jamilah – 23 September 2015.
  • Lahir Umar Zayn – 28 Disember 2017.
  • 5th Anniversary – 10 Mei 2018 🙂

ISTIMEWA BUAT TUAN SUAMI

5 tahun melayar bahtera bersama, kau jadi nakhodanya. Kadang tenang dan santai, kadang ombak ganas datang membadai. Syukurlah, dalam tempoh ini kita masih tetap ada untuk satu sama lain.

Syukur ke hadrat Allah, kita disatukan atas fikrah dan kefahaman Islam yang jelas. Harapanku, ia tumbuh subur dalam kehidupan anak-anak seterusnya kepada generasi cucu cicit kita. Sungguh, dari sudut hati paling dalam – ingin anak-anak menjadi pendokong agama Allah. Mereka amanah buat kita.

Terima kasih Abang, kerana banyak berkorban untuk kami. Mencukupkan keperluan dan nafkah kami berempat. Sentiasa berusaha untuk melapangkan waktu buat kami walaupun sentiasa sibuk. Melindungi kami dan menyediakan tempat yang selesa untuk kami huni.

Semoga Allah memberkati, tiap langkahmu di dunia ini. Jadikan ia asbab untuk raih redha Ilahi. Kami sentiasa berada di sisi.

Ingatkan kami agar selalu teguh dengan tali Allah, selalu mengaji, jangan tinggal solat. Betulkan kami jika salah, tampung kami jika ada kekurangan.

Kami sentiasa mendoakan. Yang terbaik, yang terhebat, yang istimewa semuanya untukmu 🙂

Any home can be a castle when the King and Queen are in love and seek Allah’s love.

Daripada isteri dan anak-anak yang sentiasa menyokongmu.

Aimie, Maryam Azra, Aisyah Jamilah, Umar Zayn.

We love U, Abah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge