5 Idea Hadiah Yang Hebat Dan Menarik Sempena Hari Ibu

” Happy Mother’s Day ! ”

” Selamat Hari Ibu ! ”

Itulah ungkapan yang bisa menggetarkan hati seorang ibu. Dihargai, diingati, dan rasa disayangi anak-anak 🙂

Ibu merupakan wali keramat kita. Doa ibu kepada anaknya tiada hijab, sampai direct terus. Oleh sebab itu kita sangat digalakkan untuk berbuat baik kepada ibu bapa dan dilarang untuk menyakiti mereka. Berapa banyak kisah yang kita dengar akibat derhaka kepada ibu kan ?

Ibu kita sebenarnya bukan minta untuk diberi hadiah, penghargaan dan sebagainya. Cukuplah anaknya menjadi soleh solehah, cemerlang syakhsiah, mengingati dirinya yang kian dimamah usia.

Namun sebagai anak, tentu kita teringin dan mahu hadiahkan sesuatu untuk ibu sempena Hari Ibu kan ? Jadi, mungkin idea ini boleh membantu kekalutan dan kekusutan di fikiran itu 🙂

IDEA HADIAH SEMPENA HARI IBU

1# Bunga dan Coklat

Walaupun nampak biasa, tapi bunga dan coklat ini antara hadiah yang bukan ketinggalan zaman tau. Nampak sweet gitu. Memang wanita sinonim dengan hadiah ini, sesuai sangat !

Oh ya, jika tak cukup budget untuk tempah boleh saja buat sendiri. Laagi bermakna buat ibu tercinta 🙂

2# Hadiah Percutian

Ini pun menarik dan hebat juga. Sejak kecil hingga kita dewasa dan sudah berkahwin pun, ibu tidak pernah mengabaikan kita. Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Begitu juga anak-anak, pasti mahukan ibu gembira dan ada masa untuk diri sendiri. Banyak pilihan tempat percutian yang menarik di seluruh Malaysia. Dari yang bajet hingga yang mewah. Pilih saja dan pakat dengan adik beradik ‘tong‘ seorang sedikit !

3# Makan-Makan Bersama Keluarga

Walaupun simple, tapi hati ibu tentu gembira melihat anak cucu berkumpul bersama. Seronok lihat anak cucu semua ada di depan mata.

Ada yang suka buat makan-makan di rumah. Boleh juga buat di restoren atau hotel. Itu semua ikut bajet poket anda ! 🙂

4# Produk SkinCare

Bila usia semakin meningkat, biasanya kedutan di wajah ibu kian kelihatan. Masalah jeragat juga bertandang.

Apa kata hadiahkan ibu produk penjagaan wajah beyond organic yang berkesan dan 100% vegan. Tentu ibu suka membelai wajah dan anak-anak juga boleh lakukan facial bersama untuk tambah erat kasih sayang !

5# Supplemen Untuk Kesihatan

Semua orang pasti mahu ibu ayah sihat dan cergas sesuai dengan peningkatan umur. Apabila umur semakin meningkat, prestasi kesihatan mungkin boleh terjejas jika tidak dijaga dengan baik. Sakit pinggang, sakit tumit, diabetes, darah tinggi dan sebagainya mudah menyerang jika abu ayah mula mengabaikan kesihatan.

Sempena Hari Ibu, apa kata hadiahkan ibu supplemen yang mampu menyokong kesihatannya. Tiada apa yang lebih indah dan bahagia apabila melihat mereka sihat dan gembira melayan anak cucu yang aktif membesar.

Sempena Hari Ibu ini, Shaklee ada offer menarik untuk supplemen Vivix ! Ia sangat membantu untuk menyokong kesihatan ibu dan awet muda tau 🙂

Selamat Hari Ibu buat semua ibu yang ohsem di dunia ini, mmuahh !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge