Supplemen Premium Yang Membantu Ibu Hamil Cergas Bertenaga

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Fasa kehamilan merupakan antara momen yang indah dalam hidup, lebih lagi bila hamil anak sulung. KakMimie bunting pelamin anak yang sulung masa umur 26 tahun, ahaksss. Sekarang umur 31 tahun anak dah 3 orang, Alhamdulillah 🙂

Tidak dinafikan setiap kehamilan pengalamannya berbeza. Ada yang okay, ada yang morning sickness teruk, ada yang lesu letih dan asyik mengantuk. Namun semua ibu cekal dan kuat hati melalui fasa kehamilan selama 9 bulan 10 hari dengan penuh sabar dan gembira.

Itulah namanya pembawakan budak ! 🙂

Kalau nak tahu, kesan-kesan disebabkan kehamilan tersebut dapat diatasi jika nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita mencukupi. Jika nutrisi tidak cukup, sistem tubuh boleh ‘ mengamuk ‘ ! Akhirnya timbul rasa stress melampau, kelesuan badan, dan masalah lain berkaitan dengan kehamilan.

KakMimie mula consume SUPPLEMEN PREMIUM semasa hamil anak kedua pada tahun 2015. Semasa hamil anak sulung, tak konsisten dan makan celup-celup. Haha ~

KakMimie ada sharing tentang pengalaman di SINI. Klik tau 🙂

SUPPLEMEN PREMIUM UNTUK IBU HAMIL

KakMimie memang consume sepenuhnya Set PreNatal Shaklee ini. Alhamdulillah, serasi dan sangat membantu atasi kelesuan dan masalah lain seperti kejang kaki, kebas-kebas, sembelit dan lain-lain.

KakMimie seorang guru di sebuah sekolah swasta yang bekerja 9am hingga 5pm. Pada awal kehamilan anak kedua, KakMimie masih menyusukan anak yang sulung. Alhamdulillah, walaupun sibuk di sekolah tambah lagi pregnant sambil anak lain menyusu KakMimie tetap boleh jalani dan lalui fasa kehamilan dengan gembira ! 🙂

Set PreNatal atau Set Kehamilan Premium Shaklee ini terdiri daripada 6 jenis vitamin iaitu :

  1. Vitalea
  2. Vitamin B Complex
  3. SR Vitamin C Plus
  4. Ostematrix
  5. Omega Guard
  6. ESP

Nah, KakMimie beri details setiap satu produk ya :

1# Vitalea With Iron
Merupakan multivitamin yang kaya dengan iron ( zat besi ). Sangat bagus diambil oleh ibu hamil yang hidap Anemia. Jika tidak diendahkan, bimbang ada risiko Anemia terhadap ibu dan bayi dalam kandungan.
Oleh sebab itu, pengambilan mulivitamin amat penting semasa hamil.
Vitalea adalah produk wajib dalam Set Kehamilan Shaklee untuk trimester 1, 2 dan 3.
2# Vitamin B Complex
Kelebihan vitamin B Complex Shaklee ini adalah kerana ia telah lengkap dengan Asid Folik. Seperti yang kita tahu, Asid Folik sangat penting untuk pembinaan tulang, mengelakkan kecacatan pada janin, dan mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘ Spina Bifida ‘.
Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 200 @ 400 mcg Asid Folik setiap hari.
3# SR Vita C Plus
Vitamin C membantu dalam proses pembinaan kolagen, menguatkan sel-sel tisu dalam badan, dan meningkatkan sistem tubuh ketika hamil.
Selain itu Vitamin C juga meningkatkan kadar serapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah kita ! 🙂
4# Ostematrix
Ostematrix merupakan pil kalsium yang sangat penting. Ia membantu menguatkan gigi dan tulang seterusnya mencukupkan keperluan kalsium ibu yang disedut kalsiumnya oleh bayi dalam kandungan.
Ibu yang selalu ada masalah kejang kaki ketika hamil, bagus sangat ambil Ostematrix ini. Begitu juga ibu yang tidak lalu minum susu dan selalu rasa letih apabila bangun pagi kerana kandungan makin membesar – posisi tidur tidak selesa.
5# Omega Guard
Minyak ikan tulen sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan lagi.
Omega Shaklee mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.
6# Energizing Soy Protein ( ESP )
ESP memberi tenaga kepada ibu hamil yang mengalami morning sickness yang teruk dan yang sibuk bekerja.
ESP merupakan minuman protein yang membantu ibu hamil kenyang lebih lama dan bantu elak craving yang macam-macam kerana ibu hamil perlu makan makanan berkhasiat.
Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke-3 bagi membantu pertumbuhan plasenta dan penghasilan susu selepas bersalin nanti 🙂

TESTIMONI PENGGUNA

Harga satu set untuk Set PreNatal / Kehamilan Premium Shaklee adalah RM 609.00 sahaja. Ia mengandungi 6 jenis produk di dalam set tersebut. Bagi KakMimie, sangatlah berbaloi sebab sebotol vitamin ada yang tahan hingga 6 bulan. Jimat sungguh tau. Jom kita check tempoh bekalan untuk setiap vitamin dalam Set PreNatal Shaklee ini.

SET KEHAMILAN SHAKLEE BOLEH TAHAN BERAPA LAMA ?

  1. Vitalea With Iron Formula ( 120 tabs ) – tahan 2 bulan hingga 4 bulan.
  2. Vitamin B Complex ( 120 tabs ) – tahan 2 bulan hingga 4 bulan.
  3. SR Vita C Plus ( 180 tabs ) – tahan 4 bulan hingga 6 bulan.
  4. Ostematrix ( 120 tabs ) – tahan 1 bulan.
  5. Omega Guard ( 90 caps ) – tahan 1 bulan.
  6. ESP ( 850 gram ) – tahan 1 bulan hingga 2 bulan.

Apa yang KakMimie suka juga adalah, vitamin dalam Set PreNatal Shaklee ini tahan lama dan boleh juga terus sambung makan lepas bersalin nanti dan jadi Set PostNatal Shaklee. Cuma tambah satu dua vitamin gitu. Best dan jimat sangat kannn ? 🙂

Untuk mendapatkan lebih penjimatan, KakMimie sangat mengalukan ibu-ibu untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Boleh klik Cara Daftar Keahlian Shaklee Dengan Mudah.

Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah, boleh hubungi KakMimie di talian 013 2293413 ( klik tau ! )

Atau pun jika berminat untuk beli terusss, boleh terus klik ikon di bawah 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge