5 Punca Ibu Hamil Mudah Lesu Dan Penat

Fasa kehamilan sepanjang 9 bulan 10 hari merupakan cabaran dan ujian buat ibu-ibu lebih lagi bagi yang bekerja. Berpagian keluar bekerja, bila pulang ke rumah terus tukar topi lakukan kerja-kerja rumahtangga yang tak pernah habis. Subhanallah, hebatnya wanita ! 🙂

Ibu hamil juga sering dikaitkan dengan masalah mudah lesu dan cepat penat. Bila lesu, rasa nak memerap tidur di rumah sepanjang hari. Kurang pergerakan, akhirnya terus lesu dan nampak ‘lemau’.

PUNCA MUDAH LESU DAN PENAT

Setiap perkara yang berlaku, pasti ada punca dan sebabnya. Jom kita lihat apa punca masalah ini ya ? 🙂

1# Tidur Yang Tidak Cukup

Ibu hamil disarankan tidur 7 hingga 8 jam dalam sehari. Apabila tubuh rehat dengan cukup, sistem tubuh akan berfungsi dengan lebih baik. Jika perlu, tidur sebentar pada waktu tengahari ( nap time / qailulah ) untuk mengatasi keletihan dan rasa lesu.

2# Skip Breakfast

Seperti yang kita tahu, sarapan sangat penting untuk memulakan hari dengan bertenaga dan produktif. Jika tidak berselera sekali pun, cukup sekadar sekeping roti atau segelas susu.

Jika selalu tidak sempat bersarapan, boleh sediakan overnight oats mudah atau shake minuman protein untuk memastikan kita cukup tenaga mengharungi kerja yang perlu disiapkan nanti.

Baca Idea Sarapan Mudah dan Berkhasiat.

3# Pemakanan Tidak Seimbang

Diet harian ibu hamil yang tidak seimbang boleh menjejaskan kesihatan. Seterusnya membawa kepada lesu badan dan cepat rasa penat. Ini mungkin disebabkan alahan yang teruk atau ibu banyak makan makanan yang tidak berkhasiat seperti junk food dan fast food.

Makanan tambahan mungkin membantu untuk masalah ini. Ia mencukupkan keperluan nutrisi dalam tubuh yang kita perlukan setiap hari 🙂

4# Kurang Minum Air

Kekurangan air dalam badan sangat bahaya terutamanya bagi ibu hamil. Air merupakan sumber tenaga dalam badan kita. Jika kita kurang air, ia boleh menyebabkan aktiviti penyerapan protein dalam badan menjadi perlahan seterusnya menyebabkan kita merasa letih dan mudah lesu.

Minumlah air sekurang-kurangnya 8 gelas satu hari untuk memastikan bendalir dalam tubuh kita cukup dan mengelakkan kita rasa lesu dan letih lebih lagi ketika cuaca panas membahang.

5# Gangguan Emosi

Setiap orang tidak lepas dari merasakan tekanan dalam hidup. Namun ia memerlukan pengendalian yang baik untuk mengatasi stress dan tekanan tersebut. Gangguan emosi dan tekanan boleh terjadi disebabkan perubahan hormon yang berlaku sepanjang fasa kehamilan.

Gangguan emosi bukan sahaja meletihkan dan memenatkan, tetapi jika tidak dikawal boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan. Kajian menunjukkan masalah gangguan emosi ketika hamil boleh menjejaskan fizikal bayi, kelahiran bayi pra matang dan risiko meroyan buat ibu.

Mungkin banyak lagi punca yang menyebabkan ibu hamil mudah lesu dan penat. Namun cukuplah saya catatkan 5 punca sahaja untuk panduan semua.

Selamat melalui fasa yang menggembirakan. Moga bermanfaat ya ! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge