Resepi Overnight Oats 3 Bahan Mudah

Bulan Ramadhan kembali menjadi tetamu kita. Ahlan ya Ramadhan, moga tahun ini kami dapat natijah Ramadhan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya 🙂 .

Hari ini KakMimie nak share resepi overnight oats yang menggunakan 3 bahan mudah sahaja. Lebih lagi bulan Ramadhan ini, ramai yang mahukan resepi sahur yang ringkas mudah tetapi berkhasiat dan tahan kenyang lama. Tak gitu ?

APA ITU OVERNIGHT OATS ?

Overnight oats adalah sejenis makanan berasaskan oat yang ringkas, mudah dan pantas untuk disediakan. Ia adalah satu hidangan cepat yang penuh khasiat dan juga sedap berbanding oat biasa.

Oat yang biasa digunakan untuk membuat overnight oats adalah rolled oat atau cooking oat berbanding instant oat. Oat akan direndam semalaman dengan susu sebelum dimakan. Jika menggunakan instant oat, mungkin ia akan jadi terlalu lembik dan likat. Ditakuti kembang tekak pula bila mahu makan nanti !

Tidak ada cara yang tetap dan khusus untuk buat overnight oats ini. Ia boleh dibuat mengikut bahan yang ada di rumah dan ikut selera tekak masing-masing juga sebenarnya 🙂

OVERNIGHT OATS GUNA 3 BAHAN MUDAH !

Sempena Ramadhan ini, KakMimie share resepi ini guna kurma. Ya, Ramadhan dan kurma tak dapat dipisahkan. Selain mudah untuk didapati pada bulan Ramadhan, kurma juga mengandungi manfaat dan kebaikan yang bagus sangat tau !

3 Bahan Mudah :

  • 5 sudu Rolled Oats ( KakMimie pilih yang organic untuk lebih sihat dan clean )
  • 100 ml Fresh Milk ( Selalu guna Low Fat Milk brand Dutch Lady )
  • Kurma 3 biji

Cara – caranya :

  1. Buang biji kurma. Carik-carikkan menjadi kepingan kecil.
  2. Masukkan 5 sudu rolled oats ke dalam bekas yang sesuai ( bekas kaca berpenutup ala mason jar ).
  3. Tuang 100 ml susu segar atau hingga susu menutupi paras rolled oats.
  4. Masukkan kurma yang dicarik tadi, kacau sebati semuanya menggunakan sudu.
  5. Simpan semalaman atau lebih 5 jam di dalam peti sejuk bahagian chiller.
  6. Sedia untuk dimakan ! 🙂
Contoh bekas yang boleh digunakan 🙂

Jika rancang ingin bersahur dengan overnight oats, malam sebelum tidur boleh buat siap – siap. Esok pagi bangun boleh terus makan tanpa perlu bersusah payah masak nasi !

Oh ya, ibu hamil dan ibu menyusu pun boleh makan. Bagus untuk penghasilan susu dan beri rasa kenyang lebih lama tau.

Selamat berpuasa gais 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge