4 Cara Atasi Badan Lesu Dan Selalu Mengantuk Ketika Hamil

Sepanjang tempoh kehamilan, tubuh badan kita sentiasa bekerja keras untuk membekalkan keperluan nutrisi kepada janin di dalam kandungan. Sakit pinggang, keletihan melampau, lesu badan, kaki bengkak, dan masalah lain adalah antara masalah yang biasa di lalui oleh ibu hamil.

Namun begitu, jangan pernah ambil ringan soal keletihan dan lesu badan yang berterusan. Punca keletihan ini boleh menjejaskan kesihatan dan mengganggu emosi kita.

CARA ATASI KELETIHAN KETIKA HAMIL

Berikut antara cara untuk atasi masalah keletihan dan kelesuan ketika hamil :

1# Dapatkan Rehat Dan Tidur Yang Berkualiti

Ibu hamil memerlukan rehat dan tidur yang cukup untuk tumbesaran janin yang sihat juga untuk kesihatan diri. Saranan tidur sekitar 7 hingga 8 jam sehari adalah baik kerana membantu ibu hamil cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Jika ada masa, tidurlah sebentar pada waktu siang. Posisi dan kualiti tidur juga penting untuk mendapatkan kesegaran apabila bangun daripada tidur pada waktu pagi.

2# Banyakkan Minum Air Kosong

Ya, kekurangan bendalir dalam tubuh badan menyebabkan rasa letih dan lesu badan. Elakkan minuman manis dan ambillah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Pengambilan air yang cukup membantu tubuh kekal bertenaga dan segar walaupun ketika sedang berpuasa. Boleh rujuk poster di bawah untuk panduan minum air kosong ketika berpuasa 🙂

3# Banyakkan Aktiviti Fizikal

Fasa kehamilan bukan satu tiket untuk kita duduk bersenang lenang dan memerap tidur sepanjang masa di dalam bilik. Jika badan sudah mula rasa ‘ berat ‘ untuk bergerak, bermakna inilah masanya untuk kita buat pergerakan dengan lebih kerap !

Namun begitu, bukanlah senaman berat dan pergerakan lasak yang kita lakukan. Cukup sekadar berjalan bersiar di taman atau senaman ringan yang sesuai dengan tahap kemampuan dan usia kehamilan kita.

4# Ambil Sarapan Berkhasiat

Sarapan penting untuk mulakan hari dengan penuh cergas dan bertenaga. Ia membantu kita mengharungi hari dengan penuh semangat dan produktif.

Ambillah sarapan yang kaya dengan vitamin, zat besi, protein untuk memberikan kita tenaga yang berpanjangan. Pengambilan makanan tambahan juga membantu ibu hamil untuk sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Baca juga idea sarapan yang mudah ringkas dan berkhasiat  di sini 🙂

Semoga bermanfaat ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge