Ini Pengalaman Saya Sakit Kejang Kaki Semasa Hamil Anak Sulung

Bismillah.

Hari ini KakMimie nak sharing sedikit pengalaman kena kejang kaki semasa hamil anak sulung pada tahun 2013 yang lepas. Pengalaman pertama hamil yang cukup menggembirakan dan rasa teruja setiap masa. Namun, bila nak tidur ada satu perasaan resah gelisah. Bimbang kejang kaki masa tengah lena tidur.

BILA SEDAR KAKI KEJANG ?

Seingat KakMimie, mula kena kejang kaki bila kandungan masuk trimester kedua. Pertama kali kena pada waktu malam tengah tidur lena. Memang sakit sangat-sangat sampai menangis. Tegang dan macam kena tarik pada otot betis. Terus kejut suami di sebelah minta bantuan.

Suami bantu urut-urut kaki dan buat regangan sikit. Sapu minyak panas juga, rela sajalah asalkan sakit hilang. Selang beberapa minit selepas itu, sakit tadi hilang. Seriau rasanya bila ingat semula.

Baca Tips Mudah Atasi Kejang Kaki.

Selepas kali pertama kena kejang kaki, ada dua tiga kali kena lagi selepas itu. Mujur suami ada masa kejadian berlaku, jika tidak menangis sendirian menahan sakit !

IKHTIAR DENGAN OSTEMATRIX

Bila tidak tahan menanggung rasa sakit, akhirnya KakMimie mencari ikhtiar dan cuba Ostematrix si pil kalsium ini. Bila konsisten makan, Alhamdulillah serangan kejang-kejang itu tidak datang lagi ! 🙂

Bila hamil anak kedua, KakMimie terus ambil Ostematrix dengan konsisten bersama geng supplemen kehamilan yang lain. Syukur sangat, masih cergas bertenaga semasa hamil anak kedua walaupun sambil menyusukan yang sulung. Masalah kejang kaki tak timbul lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge